Kajian seorang pakar motivasi terkemuka Malaysia mengatakan pasangan berlawanan sifat saling melengkapi dan mengimbangi satu sama lain dan mereka bahagia. Namun persamaan diantara pasangan akan membuatkan mereka lebih bahagia.
Kenapa??
Pasangan yang berlawanan sifat yang saling melengkapi :
1. Seorang ego tinggi, seorang ego rendah. Ketika bergaduh tentang sesuatu perkara, pasangan yang ego rendah akan terus mengalah dan pergaduhan tersebut akan reda dengan cepat.
2. Wanita bersifat aktif akan lebih bahagia hidup bersama Lelaki bersifat pasif. Contohnya ada pasangan dimana si Lelaki menjadi surirumah sepenuh masa dan si Wanita pula keluar bekerja mencari rezeki dan mereka BAHAGIA kerana Lelaki bersifat pasif tidak akan rasa tercabar dengan keadaan tersebut. Jangan pandang rendah keperluan berlawanan sifat ini kerana ada pasangan yang akhirnya BERCERAI kerana kedua-duanya bersifat aktif tegar dimana suami meminta isteri menjadi surirumah sepenuh masa tapi isteri memberontak kerana si isteri juga aktif tegar dan mahu keluar bekerja.
Kenapa bila ada persamaan sifat akan lebih bahagia pula?
Persamaan dari segi minat akan buat perhubungan lebih bahagia. Bayangkan satu aktiviti yang diminati dilakukan dan dinikmati bersama kedua-dua pasangan. Pasti akan rasa lebih bahagia. Cuba si Wanita minat shopping pakaian manakala si Lelaki pula minat tentang fesyen wanita. Maka akan sakanlah mereka bersama berbanding si Lelaki yang tertekan akibat terlepas tengok perlawanan bola di TV kerana SOGO ada sale harga RUNTUH pada malam yang sama…
kesimpulan: Saling melengkapi perlu untuk elakkan hubungan MUSNAH, manakala Persamaan sifat pula menambah dimensi KEBAHAGIAAN hubungan.
Anda ada komen?
Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.