Friday, 25 October 2013

SAYA KECEWA DENGAN PASANGAN SAYA..



SAYA KECEWA DENGAN PASANGAN SAYA..

Tiada siapa yang boleh tahu apakah masa depan kita, tapi yang pasti, Allah akan bagi cahaya kegembiraan bagi orang-orang yang redha dengan ketentuannya, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dan Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

HADIAH YANG PASTI BUAT SUAMI PENYAYANG TERHARU.



HADIAH YANG PASTI BUAT SUAMI PENYAYANG TERHARU.

Kepada : Suami

Abang sayang,
Thanks sebab jadi seorang suami yang baik
Thanks sebab jadi ayah yang penyanyang
Thanks sebab jadi seorang abang yang garang
Thanks sebab jadi kawan yang setia

U are there
During my up and down
During happiness & sorrow

Will love u till jannah.in shaa Allah.

Hatimu milik Allah sayang, semoga Allah sentiasa dekatkan hatimu dengan hatiku
Selalu...
Dan semoga Allah tetapkan hatimu untukku
Till jannah..ameen.

Sempena hari lahirmu
Aku serahkan dirimu kepada Allah..penciptamu,
Sebab DIA sebaik-baik penjaga untukmu.

Semoga sentiasa sukses dalam hidup
Semoga sentiasa di murahkan rezeki

terima kasih sebab sudi pilih ayang jadi isteri bi...

May Allah bless u always, my love;)

Daripada : Isterimu..

Wahai para isteri, yang dah rasa nikmat suami penyayang tu, hargailah mereka. Kadang-kadang tulis macamni pun boleh mengukir kenangan indah dalam hati mereka, kerana lelaki juga manusia biasa. Penghargaan kepada mereka seperti inilah yang kadang-kadang akan menjadi penyelamat kemusnahan hubungan kita disaat-saat ribut melanda rumahtangga.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

ISTERI YANG SAYA KAGUMI..

ISTERI YANG SAYA KAGUMI..

Setiap kali saya di pasar malam, mesti akan ada gerai yang saya akan nampak, seorang isteri yang gigih berniaga, siap bawak anak-anak kecil, kadang-kadang sedang menangis, dalam keadaan sedang sibuk si isteri berniaga, tak sempat nak penuhi keperluan si anak tu. Terpaksa membiarkan anaknya menangis demi membantu keluarga, suami pun tiada mungkin sedang bekerja di tempat lain. Nampak keletihan si isteri.

Saya memang kagum dengan ketabahan para isteri sebegini.. semoga Allah berkati segala titik peluhnya dan diberikan kebahagiaan dalam rumahtangganya. :'-)


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

ISTERI YANG MASUK SYURGA..

ISTERI YANG MASUK SYURGA..

Syurga itu disediakan Allah hanya untuk isteri yang taat persis isteri yang diriwayatkan dari Anas bin Malik RA bahawa Nabi salallahualaihiwassalam bersabda ;

“Mahukah aku beritahu kamu tentang isteri-isteri kamu di dalam surga?” Mereka menjawab: “Tentu saja wahai Rasulullaah!” Baginda menjawab: "Mereka ialah wanita yang penyayang lagi subur. Apabila dia marah, atau diperlakukan buruk atau suaminya marah kepadanya, dia berkata: “Ini tanganku di atas tanganmu, mataku tidak akan dapat terpejam sehingga engkau redha kepadaku.” [Riwayat al-Tabarani, disahihkan oleh Syeikh Albani]


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

TAK SABAR NAK BALIK RUMAH !!

TAK SABAR NAK BALIK RUMAH !!

"Rumahtangga yang perolehi 'Sakinah' adalah suami dan isteri, masing-masing lebih suka dan gembira berada di rumah berbanding di luar rumah. Antara tandanya, sentiasa segera ingin balik ke rumah sejurus selepas kerja, atau jika masih ada sedikit kerja lagi, tanpa bertangguh lagi terus balik dan berazam siapkan di rumah sahaja (walau mungkin tak siap juga). Yang penting, rumah dan ahli keluarga dalam rumah menawarkan 'SAKINAH' ketenangan dan kebolehduduk di dalam rumah dengan selesa emosi."

- Ustaz Zaharuddin


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

SUSAH BETUL CAKAP DENGAN ABANG NI, SEMUA AWAK JE YANG BETUL !!

SUSAH BETUL CAKAP DENGAN ABANG NI, SEMUA AWAK JE YANG BETUL !!

*boleh juga guna pada bakal suami, tapi jaga batas-batas agama ya..

Suami yang rasa semua dia betul, adalah seorang suami yang tinggi egonya. Apa yang kita minta atau apa saja pendapat kita semuanya salah. Kadang-kadang, rasa seperti suami hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Sampai bergaduh kita suami isteri.

Tips-tips untuk menangani suami ego..

Lelaki biasanya akan bertambah ego mereka setelah berkahwin, disebabkan status mereka telah naik sebagai seorang ketua keluarga. Ditambah pula la kalau dia ada pendidikan tinggi dan pangkat di tempat kerja. Lagi tambah la egonya sebagai seorang suami.

Di sini saya akan cuba bagi tips-tips secara umum ya.

1. Bila si suami mula mengeluarkan hujah2 membangkang pendapat atau kemahuan anda, cuba anda pandang ke sisi dan kebawah sedikit dan dengar semua kata-katanya.

2. Lepas dia habiskan hujahnya, katakan padanya, "a'aa la.. saya rasa betul la cakap abang, kenapa lah saya tak terfikir selama ni.." ni ayat saya, cuba olah ikut ayat anda sendiri pada suami yang anda lebih selesa dan 'datang dari hati'.

3. Teruskan menghayati hujah hujah darinya jika dia masih belum berhenti berkata-kata. Sokong dari hati apa yang dia cakap, kalau boleh selit lagi ayat-ayat seperti tips no.2 tadi.

4. Selepas dia dah habis cakap. Anda terus je diam. Biarkan dia seketika, tengok apa dia buat. Biasanya dia akan terus cari tempat untuk duduk, atau sambung aktiviti yang dia suka buat. Biarkan seketika, kalau dia keluar rumah, tunggu sampai dia balik.

5. Lepas dah nampak dia tenang sikit, atau kalau dia baru balik dari luar rumah, biar dia duduk, hidangkan minuman untuk dia.

6. Lepas tu, baru mula cakap pada dia. Katakan semua yang dia kata tu betul dan anda juga setuju dengan kata-katanya. Lepas tu barulah anda luahkan apa yang anda mahu, gunakan ayat “kesian kat saya.." dalam ayat2 anda. Minta simpati padanya. Jangan sekali-kali salahkan hujah dia. Contoh : "saya tau apa yang abang cakap tu, memang betul.. memang membazir kalau saya minta abang beli rantai tu. Tapi abang, saya dah lama sangat nak rantai tu, abang belikanlah untuk saya ya..?"

7. Pujuk dengan lembut. Janjikan sesuatu yang anda boleh hadiahkan buat suami. Bagi dia bayangan kalau dapat 'hadiah' dari anda tu..

Cuba amalkan tips-tips di atas. Jika tak berjaya buat kali pertama, teruskan ulang langkah-langkah di atas. Suami anda lama-lama akan sedar yang anda mengiktiraf kebijaksanaannya, dan dia akan buat permintaan atau terima pendapat anda sambil meminta maaf atas kekerasannya, atau silap haribulan, dia akan tunaikan permintaan anda tanpa anda sedari.. (si suami takkan mengaku dia buat untuk ada, sebab dia malu, anda terima je)

InsyaAllah.. istiqomah ya..


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

JANTAN VS LELAKI

JANTAN VS LELAKI

Seorang jantan apabila dia melihat seorang wanita sedang berjalan, yang difikirkan dikepalanya ialah apa yang terdapat pada tubuh si perempuan itu yang boleh memenuhi nafsunya, sedangkan seorang lelaki yang sejati pula akan memikirkan apakah kemungkinan masalah yang sedang dihadapi oleh si wanita itu dan berusaha untuk menyelesaikannya.

Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

WANITA MENYIMPAN 1000 RASA & PERASAAN.



WANITA MENYIMPAN 1000 RASA & PERASAAN.

Ketabahan seorang wanita dalam menelan segala pahit yang datang dalam hidupnya. Kasihanilah insan bernama wanita ini wahai lelaki, sesungguhnya mereka perlukan pembelaanmu, bukan sebagai alatmu.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

GEJALA ISTERI BERKEDUDUKAN & BERPENDAPATAN LEBIH TINGGI DARI SUAMI

GEJALA ISTERI BERKEDUDUKAN & BERPENDAPATAN LEBIH TINGGI DARI SUAMI

Lumrah apabila isteri berkerjaya tinggi, menyumbang pendapatan dalam keluarga maka sesetengahnya akan menjadi sombong dan kurang menghormati suami.

Namun jika dia mengerti, bahawa nilai kedudukan, status dan hartanya itu langsung tidak dipandang oleh Allah nescaya dia akan menjadi insaf. Bahkan ibadahnya juga tidak diterima sehingga suaminya menjadi redha kepadanya.

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah Salallahualaihiwassalam bersabda terdapat 3 golongan yang solatnya (ibadahnya) tidak terangkat walaupun senjengkal ke sisi Allah dan salah satunya ialah ;

'Isteri yang tidur (atau bermalam) dalam keadaan suaminya marah kepadanya.' [Riwayat Ibn. Majah]

Pengajian bersama seorang ustaz.

InsyaAllah, sama-sama kita memperingati satu sama lain demi mendapat kebahagiaan sebenar, kerana kebahagiaan hakiki datang dari hidup dalam keberkatan Allah.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

SEJAUH MANA KITA DEKAT DENGAN ALLAH ?

SEJAUH MANA KITA DEKAT DENGAN ALLAH ?

Apabila dilukakan oleh pasangan, kita sering membalas dengan melukakan pula. Namun insan yang dalam hatinya ada cinta pada Allah, mereka membalasnya dengan kemaafan & cinta !

- Ustaz Emran

Saya akan terus post Tips-tips/Artikel tentang Memahami Pasangan, Kesilapan-kesilapan Maut dalam perhubungan yang berakhir dengan Penceraian, dan Teknik Membina Kemahiran yang Wajib Ada dalam setiap Perhubungan.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

BENARKAH CEMBURU TANDA SAYANG ? (PART 2)

BENARKAH CEMBURU TANDA SAYANG ? (PART 2)
*menjawab persoalan dari PART 1.

1. Bagi kajian dari jawapan no 1, ya memang benar. Si wanita terlampau sayang pada kebahagiaannya bersama pasangannya sehingga dia tidak mahu pasangannya diambil oleh orang lain. Tapi, sedarkah dia yang sebenarnya perasaan yang dia rasa itu sebenarnya HANYA berpaksikan pada dirinya sendiri? Nampak tak, jawapannya yang dia cemburu adalah disebabkan dia takut "kehilangan" bahagia yang dia kecapi, bukan bahagia pasangannya. Adakah ini sayang yang sebenar? Sayang tahap 2 adalah 100% mengorbankan bahagia sendiri demi kebahagiaan pasangannya. Maka, jika seorang wanita telah mencapai sayang tahap 2 ini, dia rela membiarkan orang lain mengambil pasangannya asalkan pasangannya bahagia. Kerana baginya, kebahagiaan pasangannya adalah segala-galanya buat dia. Jika pasangannya sedang bahagia bersama perempuan lain, dia tetap akan tunggu kepulangan pasangannya, bersedia untuk menerima pasangannya semula jika pasangannya dikecewakan oleh perempuan lain tu.

2. Bagi kajian dari jawapan no 2 pula, ya, banyak berkorban kepada seseorang boleh membuatkan si wanita jadi sayang pada pasangannya, dan dia akan mengharap pasangannya membalas segala budinya dengan terus setia bersamanya. Dia mahu dihargai dan dijaga oleh pasangan yang dia telah banyak susah payah. Dia akan rasa cemburu bila pasangannya tidak menghargai pengorbanannya, dan akan rasa marah bila pasangannya mula menghargai perempuan lain. Nampak tak, dia sebenarnya mengharapkan balasan dari pasangannya. Sayang tahap 2 adalah sayang yang benar-benar ikhlas dimana dia tidak mengharap apa-apa balasan dari pasangannya. Dia tetap rasa bahagia, kerana dia dapat buat yang terbaik dan beri segala-gala pada pasangannya walaupun pasangannya mula beralih arah pada orang lain. Dan dia akan terus menunggu dan mengharap kepulangan pasangannya.

Sayang tahap 2 ini sebenarnya sangat-sangat jarang dijumpai pada seorang wanita sebagai pasangan. Tapi ia mudah dijumpai pada seorang ibu. Sayang seorang ibu pada anak adalah contoh terbaik untuk sayang tahap 2 ini. Walaupun si anak mengkhianatinya, walaupun si anak menghancurkan hatinya, walaupun si anak meninggalkannya, si ibu tetap akan terima anaknya jika anaknya kembali meminta kasih darinya, dan kasih sayang ibu takkan putus pada anaknya sampai bila-bila. Inilah sayang tahap 2.

Persoalannya, wujud ke pasangan wanita sebegini bagi seorang lelaki? Ya, memang ada.. wanita sebegini wujud untuk para lelaki. Ada wanita yang terus redha walaupun pasangannya ada perempuan lain, walau dipukul ditendang, masih setia menunggu pasangannya kembali untuk bersama dengannya, untuk dia terus berbakti pada pasangannya demi perasaan cintanya pada si lelaki itu. Saya ingin katakan pada semua lelaki diluar sana, jika anda punya pasangan sebegini, anda memang seorang yang bodoh jika mensia-siakannya, kerana pasangan sebegini, telah diturunkan oleh Allah untukmu dengan dikurniakan keagungan kasih sayang seorang ibu kepada kamu. Mana lagi nak jumpa wanita sebegini sebagai pasanganmu wahai lelaki? Inilah wanita dari syurga buatmu. Jangan sampai Allah tarik dia daripada kamu. Masa tu, sesal tiada guna lagi.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

YA ALLAH, BANYAKNYA DUGAANKU..



YA ALLAH, BANYAKNYA DUGAANKU..

Tiada kehidupan yang tanpa dugaan, jangan kita sangka si kaya tenang hidupnya, dan si miskin susah hidupnya.

Tak kira kita miskin atau kaya dalam kehidupan kita, tapi setiap orang yang bersyukur pasti akan rasa bahagia akhirnya.

Saya akan terus post Tips-tips/Artikel tentang Memahami Pasangan, Kesilapan-kesilapan Maut dalam perhubungan yang berakhir dengan Penceraian, dan Teknik Membina Kemahiran yang Wajib Ada dalam setiap Perhubungan.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

SUSAHNYA JADI ISTERI MENGANDUNG..

SUSAHNYA JADI ISTERI MENGANDUNG..

Dah 2 bulan isteri saya mengandung kini. Semenjak sebulan lalu, dia mula tiada selera makan. Dia nak makan, memang teringin nak makan, tapi bila nak makan, seolah-olah tak boleh nak masuk makanan ke dalam kerongkongnya. Nampak sangat tak bermaya sekarang. Kalau boleh makan pun, sikit je yang boleh masuk perut, dan kadang-kadang, muntah semula apa yang dimakan. Selang beberapa jam mesti muntah sampai kosong perutnya. MasyaAllah..

Saya baru lepas mengalami bengkak gusi, selama 4 hari saya hanya makan bubur je siang dan malam. Masa tu tengok makanan lain yang sedap-sedap, rasa teringin sangat nak makan. Tapi tak boleh sebab gusi sakit, tak boleh nak kunyah. 4 hari yang cukup memeritkan. Boleh bayang kini apa perasaan isteri yang nak makan benda-benda sedap tapi semuanya tak boleh nak masuk. Saya baru 4 hari, dia dah sebulan macam tu. 4 hari pun saya dah tak tahan, apatah lagi sebulan.

Inilah pengorbanan isteri dalam mengandungkan anak si suami. Susahnya jadi isteri.. Semoga Allah ringankan dugaan isteriku, dan terus redha dan tabah menghadapinya, dan diberikan pahala jihad yang tak putus-putus, InsyaAllah.

Ingatlah para suami, hargailah apa yang telah dilalui oleh isteri kita.

- Dari penulis & pengasas, Membina Hubungan Bahagia


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

TIPS UNTUK CAKAP PADA SUAMI PERKARA SENSITIF

TIPS UNTUK CAKAP PADA SUAMI PERKARA SENSITIF

1. Yang pertama sekali, kita perlu maafkan segala kesalahan pasangan kita dulu. Ini kunci utama dalam apa jua usaha perbaiki hubungan. Cuba bayangkan, dan cari segala kebaikan yang ada pada pasangan kita. Memanglah dia tak sempurna tapi mesti ada kebaikan yang Allah beri pada pasangan kita kan? Bersyukurlah pada Allah kerana pasangan kita masih ada kebaikan yang dia beri kepada kita. Bila dah berjaya step 1 ni, barulah boleh buat step 2 dengan lebih ikhlas. Hati yang ikhlas akan dapat menyentuh hati lain yang menerimanya.

2. Cuba bahagiakan si suami dulu untuk beberapa hari, layan dia lebih baik dari biasa, dan jangan bangkang apa2 kemahuannya.

3. Tiap2 hari, selitkan ayat-ayat seperti, "sebenarnya, saya sayang abang sangat... tapi...", dan "kadang-kadang, saya terlupa yang sebenarnya, saya sayang sangat kat abang.. tapi..." stop kan ayat pada "tapi.." boleh lihat reaksi suami lepas puan buat step 1, 2 dan 3 ini.

Kalau dia tak heran dengan perubahan puan, maknanya fikiran dia telah dikuasai oleh benda/bayangan lain. Tapi kalau puan nampak reaksinya bertanya kan ayat tergantung puan tu, masa itulah yang paling sesuai untuk puan cakap pada suami.. dalam keadaan yang dia sangat tenang dan releks, puan katakan dengan penuh berlapik. gunakan ayat, "abang, saya cakap ni sebab saya sayang abang sangat....." sebelum membuka soalan sensitif tersebut..

Dan doa banyak2 pada Allah agar dilembutkan hati suami, Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita walaupun ianya dalam bentuk dugaan.. InsyaAllah..


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

CINTA SUAMI ISTERI TERAKHIR, ITULAH CINTA YANG DIBAWA KE SYURGA.



CINTA SUAMI ISTERI TERAKHIR, ITULAH CINTA YANG DIBAWA KE SYURGA.

Saya akan terus post Tips-tips/Artikel tentang Memahami Pasangan, Kesilapan-kesilapan Maut dalam perhubungan yang berakhir dengan Penceraian, dan Teknik Membina Kemahiran yang Wajib Ada dalam setiap Perhubungan.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

Sunday, 20 October 2013

BENARKAH CEMBURU TANDA SAYANG ? (PART 1)

BENARKAH CEMBURU TANDA SAYANG ? (PART 1)

Satu kajian telah dijalankan untuk mencungkil apakah sebenarnya perasaan disebalik rasa cemburu yang dimiliki oleh wanita. Dan 2 jawapan yang paling banyak ditemui adalah :

1. Si wanita terlampau sayangkan "rasa bahagianya" bersama pasangannya, sehinggakan dia takut kehilangan "bahagia" yang dikecapi bersama si lelaki apabila si lelaki mula rapat dengan wanita lain. Si wanita ini takut "bahagianya" akan dirampas oleh wanita lain. Ibaratnya seperti sucinya perasaan seorang kanak-kanak yang memiliki ibubapa yang sangat menyayanginya, dan apabila adiknya muncul dalam dunia ni, dia mula rasa cemburu kerana masa kasih sayang ibupanya telah diberikan pula pada si adik yang baru.

2. Si wanita yang terlampau banyak berkorban untuk pasangannya, sanggup lalui keadaan yang sukar, dan telah banyak bersusah payah demi kebahagiaan si lelaki. Dan apabila si wanita ini melihat si lelaki mula mesra dengan wanita lain, si wanita ini akan rasa segala pengorbanannya tidak dihargai dan sia-sia. Ibaratnya seperti seorang yang telah susah payah dan berkorban banyak masa untuk menyiapkan sebuah rumah impiannya, tiba-tiba ada orang lain pula datang nak ambil rumah tersebut.

Ya, cemburu memang tanda sayang. Ia adalah perasaan sayang juga tetapi ini adalah sayang tahap 1, yaitu tahap sayang yang paling bawah sekali.

Apakah sayang tahap 2? Ada ke manusia yang mencapai tahap sayang yang lebih tinggi? Ikuti PART 2 dalam posting akan datang.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

TIPS UNTUK MENDAPAT PASANGAN TEPAT



TIPS UNTUK MENDAPAT PASANGAN TEPAT

Setiap sifat kita yang semulajadi boleh jadi baik atau buruk. Yang penting kita tak perlu ubah sifat semulajadi kita, cuma ubah sifat tersebut ke arah kebaikan. Dengan cara ini, kita akan jadi diri sendiri yang lebih baik.

Seorang lelaki yang sifat pemarah lambat laun akan jumpa wanita yang penyabar untuk hidup dengannya. Daripada si lelaki yang sembunyikan sifat asalnya itu untuk dapatkan pasangannya, lambat laun selepas kahwin akan keluar juga sifat asalnya. Kerana mengikut kajian, tiada manusia yang mampu berlakon sepanjang masa dengan pasangannya setelah kahwin. Dan si wanita yang tak pernah teruji dengan sifat pemarah si lelaki sebelum menjadi suaminya akan mula tertekan selepas kahwin, dimana ia akan berlarutan sehingga membawa kepada penceraian.

Sama juga bagi wanita. Sebagai contohnya, si wanita yang asalnya seorang yang manja yang suka bergantung pada si lelaki, teman lelaki yang tak suka wanita jenis manja akan mula rimas dengannya lalu minta si wanita berubah menjadi lebih berdikari. Sebelum kahwin, memang semuanya boleh, tapi lepas kahwin, si wanita akan jadi seperti sifat asalnya semula dan si suami aku mula rasa susah untuk menjaga isterinya yang manja itu.

Jadilah diri sendiri ketika bersama pasangan sebelum kahwin, itulah caranya kita akan jumpa pasangan sempurna yang saling melengkapi.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

JANGAN BIAR KEADAAN MENGHUKUM RUMAHTANGGA KITA (PART 2)

JANGAN BIAR KEADAAN MENGHUKUM RUMAHTANGGA KITA (PART 2)

Kita dan pasangan saling mencintai, saling sayang menyayangi. Tapi kebanyakan dari kita tanpa disedari telah "menghukum" pasangan kita sedangkan yang bersalah adalah keadaan, bukannya pasangan kita.

KISAH BENAR

Seorang isteri hidup bahagia bersama suaminya. Setiap hari ada saja lauk-lauk yang sedap untuk dimasak yang disediakan suaminya. Ayam, daging, sotong, udang, segalanya cukup dalam peti ais rumahnya. Tiba suatu ketika, keselesaan mereka diuji Allah.

*si isteri mula perasan muka suaminya sejak seminggu yang lalu.

Isteri : Abang, saya tengok muka abang dari sejak dua menjak ni macam resah je? Kenapa abang?

*Si suami diam. Dalam hatinya resah memikirkan syarikat tempat dia bekerja telah memotong separuh gajinya dan semua gaji pekerja-pekerja lain akibat dari kerugian dalam perniagaan syarikat.

Suami : Tak ada apa awak, cuma ada tekanan kerja sikit. Itu je.

Isteri : Oh ye ke? Abang, lauk dalam peti ais dah habis. Malam ni saya nak nak masak apa? Tinggal telur je. Abang pegi la beli lauk.

Suami : Malam ni kita makan telur goreng je lah ye. Besok abang beli ikan.

*Seminggu berlalu, si suami masih lagi berusaha mencari peluang pekerjaan lain demi memperbaiki semula keadaan kewangan keluarganya.

Isteri : Hari ni makan ikan ni lagi ke abang? (si isteri ibarat mencemuh ikan pelaling yang dibelikan suaminya). Saya dah bosan lah asyik masak ngan makan ikan je. Semalam telur, harini ikan lagi. Kenapa abang tak beli lauk lain?

Suami : [sebak] Awak, sebenarnya gaji abang dah kene potong, banyak kene potong, ada sesetengah pekerja dah dibuang pun. Syarikat abang keje tengah rugi teruk. Kita tengah susah sebenarnya sekarang ni. Abang tengah cuba cari keje lain ni, tapi tak ada rezeki lagi. Awak bersabarlah ya.

Isteri : Laa... Kenapa abang tak cakap selama ni? (si isteri kecewa mendengar apa yang berlaku ke atas suaminya)

*Sebulan berlalu.. si isteri mula rasa tertekan dengan keadaan hidupnya yang kini semakin teruk.

*Di dapur, si isteri sedang membasuh pinggan mangkuk.

Isteri : [mula tinggikan suara] Abang boleh tak jangan duduk baca paper je? Saya penat ni tau tak? Tolonglah angkat kain basah ni pegi jemur luar sana. Kain pun tak lipat lagi. Saya penat tau tak!!

*Si suami yang sedang mencatit nombor-nombor telefon syarikat yang memerlukan pekerja, terus bangun dan lakukan seperti disuruh. Dia hanya diam seribu bahasa.

*Dalam bilik tidur pada malam hari.. Suami mula memeluk-meluk si isteri. Dalam hatinya sangat rindu pada belaian mesra isterinya. Dia sangat-sangat memerlukan belaian-belaian semangat dari isterinya.

Isteri : [nada marah] Abang boleh tak jangan peluk-peluk saya malam ni. Saya rimas tau tak? takde mood tau!!

*Hancur hati si suami mendengar kata-kata sebegitu dari isterinya. Tak pernah si isterinya bersikap sebegitu kasar dengannya sebelum ini. Dia bangkit dari katil dan terus keluar dari bilik. Si isteri tidak endahkan langsung suaminya dan terus sambung tidur. Dengan hati yang hancur, terduduk si suami mengenangkan nasibnya.

Cuba kita bayangkan, adakah ia salah si suami, atau salah keadaan? Bukan si suami pinta untuk memberikan kehidupan seperti itu pada isterinya. Malah dia sedang usaha untuk perbaiki keadaan keluarganya. Inilah yang dikatakan disebabkan keadaan, pasangan tak bersalah yang dihukum.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

ERTI KASIH SAYANG SEBENAR..



ERTI KASIH SAYANG SEBENAR..

Cinta agung, adalah apabila kita menjumpai seseorang, yang meningkatkan iman kita, yang menjadikan kita lebih alim, dan yang membantu kita di dunia ini..
Agar dia dapat jumpa kita di SYURGA nanti..


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

JANGAN BIAR KEADAAN MENGHUKUM RUMAHTANGGA KITA (PART 1)

JANGAN BIAR KEADAAN MENGHUKUM RUMAHTANGGA KITA (PART 1)

Kita dan pasangan saling mencintai, saling sayang menyayangi. Tapi kebanyakan dari kita tanpa disedari telah "menghukum" pasangan kita sedangkan yang bersalah adalah keadaan, bukannya pasangan kita.

Seperti seorang isteri yang sibuk menjaga anak kecil, suami akan mula rasa stress sebab dulu sebelum ada anak, si isteri memberi sepenuh perhatian hanya pada si suami. Tapi bila si suami hilang semua kenikmatan itu, si suami mula rasa stress. Bila dah stress, mula marah-marah pada isteri disebabkan perkara kecil, sedangkan masa mula-mula kahwin dulu, perkara kecil itu disambut dengan gelak ketawa je.

Cuba kita bayangkan, adakah ia salah isteri, atau salah keadaan? Keadaan yang memerlukan si isteri beri perhatian pada anak yang hadir dalam hidupnya. Bukan si isteri suka-suka tak beri perhatian pada si suami. Inilah yang dikatakan disebabkan keadaan, pasangan tak bersalah yang dihukum.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

GEMBIRAKAN ORANG YANG KITA SAYANG



GEMBIRAKAN ORANG YANG KITA SAYANG

Apabila kita buat orang yang kita sayang ketawa, aura dari kegembiraan itu juga akan meresap dalam hati kita.

Tak percaya? Yang dah punya anak, cuba tanya diri sendiri, atau yang masih belum kahwin atau belum ada anak, cuba tanya orang lain yang dah ada anak. Bahagia tak bila kita dapat ketawakan seorang anak kecil kita?

Cubalah pada pasangan kita, InsyaAllah kita juga akan turut bahagia bila kita gembirakan dirinya.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

WANITA IBARAT HADIAH BUAT JUARA ?

WANITA IBARAT HADIAH BUAT JUARA ?

Lelaki secara umumnya, akan sanggup mengejar sebuah projek besar yang akan mendatangkan untung besar padanya.. dan setelah berbulan-bulan bersusah payah menyiapkan projek dengan berjaya, wang yang dia dapat hasil dari usahanya pastilah dia ingin nikmatinya..

Masalah terjadi apabila lelaki menganggap, bila dapat jadikan wanita idamannya sebagai isteri setelah berbulan-bulan (lagilah kalau bertahun-tahun), setelah berusaha dengan susah payah untuk dapatkan si dia, bila dah jadi isteri, masa untuk nikmati lah kan? si lelaki akan anggap itulah hadiah mereka sebagai juara..

Tapi si lelaki LUPA, wang hasil usaha dari projek, takkan kecewakan dia, piala sebagai hadiah buat juara, takkan sakiti hatinya.. tapi wanita yang dijadikan isteri, perlu terus dididik dan perlu terus bersabar dalam menangani kerenahnya, kerana kejadian isteri adalah dari tulang rusuk yang bengkok. Jangan nak harap ia boleh lurus sendiri kalau si suami lepas tangan dan hanya tau nak menikmati isteri sahaja.

Dan bila si lelaki gagal sedar dalam kewajipannya untuk terus memikul tanggungjawab ke atas isterinya, akan bermulalah episod 1 dalam keruntuhan rumahtangga, yang diimpikan untuk kekal hingga ke syurga. SEDARLAH WAHAI LELAKI..


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

KEMBALILAH KITA KEPADA YANG MAHA PENCIPTA



KEMBALILAH KITA KEPADA YANG MAHA PENCIPTA

Sesungguhnya, sekuat mana usaha kita ke arah kebaikan, atau seangkuh mana kita dengan kuasa kita menganiayai insan lain, ALLAH boleh terbalikkan situasi kita dengan sekelip mata sahaja.. yang teraniya akan bahagia, yang bahagia dengan kejahatan akhirnya akan tersungkur menyembah bumi..


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

MEMILIKI WANITA SOLEHAH LEBIH BAHAGIA DARI MEMILIKI MERCEDES



MEMILIKI WANITA SOLEHAH LEBIH BAHAGIA DARI MEMILIKI MERCEDES

Situasi 1 -
Sepasang suami isteri dalam kereta mercedes. Bahagianya dapat menikmati kereta yang sangat selesa & sedap..

Isteri : [nada marah] Abang tu asyik-asyik balik kampung abang.. Asal raya je balik kampung abang dulu.. Sakit lah hati macam ni !!

Suami : Apa yang awak nak marah sangat ni.. hari tu awak nak rantai berlian baru, saya dah beli.. awak nak gelang emas baru saya bagi.. awak nak melancong saya dah bawak awak pergi.. nak tukar kereta, ni.. dah beli pun yang baru.. apa lagi awak nak..

Isteri : eleh.. apa sangat la barang-barang yang abang bagi tu pun.. tu kawan saya dalam facebook tu.. suami dia tiap-tiap hari bagi hadiah kat dia.. dah tu pulak birthday dia hari tu, suami dia bawak pegi paris lagi.. abang tu, bawak saya pegi australia jer.. kereta dia lagi besar dan cantik dari kita.. best la dia dapat semua tuuu…

suami : [nada sayu, remuk hatinya] maafkan abang sebab tak mampu bagi semua tu kat awak.

*tiba-tiba.. si suami brek mengejut sebab kereta di depan brek emergency..

Istari : [nada mengamuk] hoi !! bodoh punya kereta depan !! abang tu boleh tak bawak kete elok-elok sikit !! sakit jantung saya ni tau tak ?

Situasi 2 -
Sepasang suami isteri dalam kereta kancil, depan kereta mercedes tu tadi..

Isteri : [nada manja] abang.. nanti lepas balik kampung abang, nanti balik kampung saya pulak ya.. saya rindu kat mak saya.. tapi kalau abang penat, tak payah pun takpe tau.. yela, abangkan kene utamakan mak abang dulu.. *sambil tersenyum manis.

Suami : abang faham sayang.. InsyaAllah abang cuba.. kereta ni pun bergegar teruk, sampai sakit pinggang abang ni drive jauh-jauh.. maafkan abang sayang.. mesti sayang tak selesa naik kete ni kan? maafkan abang sebab tak mampu.

Isteri : [nada lembut] kesian abang.. (sambil memicit-micit pinggang suaminya) takpe abang, saya happy dapat teman abang disisi.. saya tak kisah kereta apa pun.. saya nak abang pun happy tau..

*si suami terus rasa macam nak menangis.. :'-) bahagianya dapat isteri sebegini ya Allah, aku bersyukur kepadaMu..

*tiba-tiba si suami brek mengejut kerana kereta depan brek emergency..

Isteri : Aduh ! ya Allah, nasib tak langgar.. abang, abang ok ke? abang sakit tak? (sedangkan dia sendiri sedang menahan sakit kerana sedikit terhentak badannya kedepan)

*si suami yang tadinya macam nak nangis, terus terburai air matanya kerana terlampau tersentuh dengan kasih sayang isterinya.. isteri yang lebih menyayangi suaminya lebih dari dirinya sendiri..

>>>>> Jadi para suami, nak bawak mercedes ke, nak bawak kancil?


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

BERSYUKURLAH DENGAN RAHMAT ALLAH..



BERSYUKURLAH DENGAN RAHMAT ALLAH..

Saya adalah pakar yang berpengalaman dalam membantu Pasangan Muda 30 tahun kebawah yang mempunyai masalah :

i) Selalu Bergaduh,

ii) Memberontak Dalam Diam,

iii) dan Tidak Persefahaman

yang berterusan sehingga hancurnya sebuah Ikatan Cinta dan yang lebih teruk lagi, musnahnya sebuah Rumahtangga..


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

SUAMI SLIM PUNCA PENCERAIAN ?

SUAMI SLIM PUNCA PENCERAIAN ?

Statistik dari Jabatan Agama Islam pada tahun lepas, lebih kurang 85% dari kes penceraian yang didaftarkan, adalah terdiri daripada LELAKI SLIM/PENAMPILAN YANG MASIH MENARIK. Hanya 15% dari kalangan yang bercerai itu adalah LELAKI GEMUK/BUNCIT.


- Suami yang slim, mereka lebih yakin untuk mengorat wanita lain. Kebanyakkan kes penceraian dikalangan suami slim disebabkan dia dah ada hubungan dengan wanita lain.

- Suami yang slim, mudah berlakon sebagai bujang kerana wanita yang mereka jalinkan hubungan tak boleh nak pastikan dengan yakin bahawa mereka ini sebenarnya suami orang. Kerana imej yang biasa bagi seorang suami orang, perut akan boroi, berbadan gempal dan nampak sangat seperti bapa kepada budak-budak. Maka bila hubungan bertambah jauh akibat dari wanita yang menaruh harapan pada si bujang tersebut (yang sebenarnya suami orang) dan telah jatuh cinta pada si suami orang tu, kebanyakannya sudah terlambat untuk patah balik dari cinta yang telah dijalinkan, maka si wanita akan mula rebut si suami dari isterinya.

- Suami yang slim, lebih rasa yakin dengan penampilan menarik mereka dan beranggapan masih ramai lagi perempuan yang mahukan dirinya walaupun dia bercerai dengan isterinya.

- Suami yang slim, nak pulak dilengkapi dengan muka yang tampan, akan menyebabkan ramai wanita mudah tertarik padanya. Dan bila ada wanita lain cuba-cuba mendekati mereka ini, sebilangan dari mereka ini akan mengaku mereka bujang, ataupun mengaku hubungan rumahtangga mereka tak bahagia, lalu terjerumus ke dalam hubungan sulit yang akhirnya mengakibatkan penceraian.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

SIAPAKAH ORANG YANG SALAH INI ?



SIAPAKAH ORANG YANG SALAH INI ?

Saya adalah pakar yang berpengalaman dalam membantu Pasangan Muda 30 tahun kebawah yang mempunyai masalah :

i) Selalu Bergaduh,

ii) Memberontak Dalam Diam,

iii) dan Tidak Persefahaman

yang berterusan sehingga hancurnya sebuah Ikatan Cinta dan yang lebih teruk lagi, musnahnya sebuah Rumahtangga..

Sebarang persoalan mengenai masalah dalam hubungan anda boleh diajukan (PM) di Page >>>> Membina Hubungan Bahagia. Saya akan cuba bantu dengan izin Allah.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

SUAMI SAYA SUKA BALIK RUMAH



SUAMI SAYA SUKA BALIK RUMAH
*gambar sekadar hiasan

Hasil kajian bagi sesetengah lelaki, mereka ni sebenarnya tak lah suka sangat buat aktiviti luar. Tetapi disebabkan keadaan rumah yang tidak menarik dan menenangkan, secara tak langsung telah membuatkan mereka rasa lebih baik lepak tempat lain yang lebih menenangkan fikiran mereka daripada balik ke rumah.

Oleh itu, nasihat saya kepada kita yang baru-baru nak rancang perkahwinan tu, eloklah kalau kita bincang bersama pasangan agar budget untuk perkahwinan yang grand-grand tu, dilebihkan kepada untuk persiapan rumah yang kita nak masuk bersamanya.

Ada sesetengah lelaki TAK SEDAR benda ini penting, kerana hanya peristiwa 'malam pertama' yang banyak menguasai fikiran mereka sebelum perkahwinan berlangsung, tetapi bila dah 3-4 bulan lepas kawin, mereka akan mula rasa suasana diluar lagi menarik dari rumah mereka. Dan mereka hanya akan balik bila rasa nak tidur je.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

PENGORBANAN KECIL MEMBAWA ERTI BESAR BUAT ISTERI



PENGORBANAN KECIL MEMBAWA ERTI BESAR BUAT ISTERI

Buatlah sesuatu untuk isterimu, walaupun ia perkara remeh bagimu, tetapi sangat tinggi nilainya buat isterimu.

Tapi jangan buat kerja yang sama tiap-tiap hari pula. Tukar-tukar sikit. Hari ni tolong kemas bilik, esok tolong masak, pastu lusa tolong cuci tandas pula. Sebab kalau dah tiap-tiap hari asyik kemas bilik jer, satu hari jer kita tak buat nanti (ulangan, SATU HARI je tak buat ni), isteri akan start demand pula, "Ai abang, kenapa tak kemas bilik hari ni?". hehehe


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

DIDIKLAH WANITA DENGAN LEMBUT

DIDIKLAH WANITA DENGAN LEMBUT

Buat lelaki yang belum berkahwin, mungkin anda semua dah tau wanita dijadikan dengan tulang rusuk yang bengkok. Dan nak tegakkan tulang rusuk yang bengkok bukan sebulan dua.

Jadi ukurlah sendiri rusuk pasangan wanita anda yang nak dijadikan isteri tu. Adakah bengkok sikit atau bengkok banyak dari acuan yang anda mahukan?

Kalau bengkok banyak, bersedialah lengkapkan diri dengan KESABARAN dalam mendidiknya. Sama-sama kita ingat pesanan ini, kajian telah dijalankan dan sebahagian dari pasangan muda yang bercerai adalah akibat suami hilang sabar dengan isteri yang tak mahu mendengar kata. Kebanyakan dari mereka (bukan kita ya, MEREKA) mereka ingat dengan suruh sahaja isteri akan terus dengar nasihat.

Marilah kita didik bakal isteri dengan sabar, pujuk dengan lembut, tetapi selitkan ketegasan dalam setiap nasihat, dan yang paling penting pimpinlah mereka dengan banyakkan tauladan, bukan hanya dengan kata-kata kita. Kerana isteri kita akan lebih mudah ikut cara hidup yang kita tampilkan. Kalau saya cakap je suruh isteri saya keluar pakai menutup aurat, tapi dia sendiri tak pernah tengok saya solat, alamatnya kirim salamlah dengan suruhan saya tu.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

ISTERI BAK BIDADARI..

ISTERI BAK BIDADARI..

Wanita mampu jadi hebat jika dididik. Ramai suami mahu isterinya jadi bidadari tetapi si suami sendiri tidak berperangai seperti ahli syurga. Pesanan untuk diri sendiri dan pembaca. Barakallah..


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

ISTERI KEMBALI MENJADI 17 TAHUN, KECANTIKAN YANG TAK TERGAMBAR DENGAN KATA-KATA

ISTERI KEMBALI MENJADI 17 TAHUN, KECANTIKAN YANG TAK TERGAMBAR DENGAN KATA-KATA

Wahai suami,
Mungkin isterimu yang kamu panggil sayang suatu ketika dulu,
Dah tak secantik dulu,
Yang dulu punya tubuh yang gebu,
Kini tiada tarikan lagi buatmu..

Wahai suami,
Bayangan malam pertama bersamanya,
Yang akhirnya pudar dimakan usia,
Tiada lagi cumbuan hangat yang dapat dirasa,
Kini tiada lagi tenaganya untuk melayanmu seperti dulu..

Wahai suami,
Segala yang indah padanya waktu dulu,
Kini telah tiada untuk dihadiahkan padamu,
Tiada lagi dirasa keghairahan cinta darinya,
Sehingga kamu mula berpaling pada keindahan wanita lain..

Wahai suami,
Sedarlah,
Apa yang ada pada teman barumu,
Segala keindahan rupa parasnya,
Segala kehangatan cinta bersamanya,
Segala kehebatan layanan darinya,
Segalanya yang kamu rasakan ibarat syurga,
Semuanya tipu daya nikmat dunia yang sementara,

Wahai suami,
Sempatkah kamu kembali,
Dari dosa meninggalkan isteri yang amat menyayangimu?
Yang sentiasa perlukanmu disisinya,
Yang masih mendambakan kasih sayang darimu,
Yang tak pernah lupa cinta yang kamu berikan padanya suatu ketika dulu..

Wahai suami,
Bersabarlah dengan isterimu,
Kerana dengan kesabaranmu itu,
Allah akan kurniakan padamu,
Isterimu dalam keadaan umurnya kembali 17 tahun,
Dengan kecantikan yang maha hebat,
yang tak tergambar dengan kata-kata,
Bila di Syurga Allah nanti..

Itulah janji Allah,
Pada suami yang sabar dan bertaqwa.
Subhanallah...

**************************

Suami & Isteri,
Saya tau, bukan mudah untuk kita lalui semua dugaan ini, tapi percayalah, dunia hanya sementara, buktinya kita semua pasti mati.

Tetapkan hati, teruslah bersabar dengan dugaan Allah, dan bertaqwalah kita pada Allah, kerana Syurga Allah itu PASTI !! Bila kat situ nanti, tiada lagi siksa dunia, yang ada, hanyalah kebahagiaan yang kekal abadi..


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

SUAMI YANG DILAYAN ISTERI BAGAI RAJA. (PART 2)



SUAMI YANG DILAYAN ISTERI BAGAI RAJA. (PART 2)

*Sambungan dari artikel 'PERKARA BAHAYA YANG SUAMI ISTERI SERING TAK SEDAR'

Para suami, cuba kita praktikkan semua yang Rasulullah s.a.w. buat kepada isteri-isteri baginda. Memang susah nak buat, kerana hanya suami yang hebat dapat buat. Kalau dah dapat ikut cara Rasulullah, barulah layak dambakan isteri melayan anda bagai raja.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

LELAKI NAK WANITA YANG CANTIK JE KE ?



LELAKI NAK WANITA YANG CANTIK JE KE ?

Kajian menunjukkan hampir 90% daripada responden lelaki yang belum pernah berkahwin memilih untuk dapatkan pasangan yang cantik menawan dimatanya.

Manakala bagi lelaki yang sudah berkahwin dan yang pernah berkahwin, hanya lebih kurang 30% sahaja dari mereka yang nakkan isteri yang cantik dimata, dan baki 70% dari mereka ini memilih wanita yang pandai melayan, menggoda, yang utamakan kehendak mereka, dan menyenangkan hati mereka, dimana rupa paras wanita tidak lagi jadi kriteria untuk terus bahagia bersama pasangan.

Jadi tak hairanlah, ada isteri yang rupa cantik menawan tapi akhirnya diceraikan juga.

Ada dikalangan isteri yang tanya saya, habis tu kenapa suami mereka masih lagi nak ada hubungan dengan wanita cantik lain diluar sana?

Jawapan saya, sebenarnya bukan sebab wanita tu cantik, tapi sebab wanita itu pandai melayan dan menggoda suaminya (sebab suaminya kaya atau ada rupa), dan kebetulan je wanita tu cantik. Kalau wanita yang goda si suami tu lagi tak cantik dari isterinya pun, si suami dia tetap akan tertarik juga.

Jadi, tips saya untuk wanita yang masih belum berkahwin tu, belajarlah cara-cara melayan dan menyenangkan hati bakal suami, mungkin sekarang bakal suami nak pada anda sebab anda cantik, tapi dia sebenarnya tak sedar, yang layanan anda padanya lah yang akan dia dambakan, selepas usia perkahwinannya dengan anda meningkat nanti.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

SENANG KE JADI LELAKI ?

SENANG KE JADI LELAKI ?

Dalam hidup berpasangan, ada sesetengah keadaan yang memang senang jadi lelaki. Saat itu adalah ketika si wanita bercerita tentang perasaannya bagi setiap kesusahan yang dilaluinya setiap hari pada lelaki yang dia sayang.

Apa yang si lelaki harus lakukan ?

LELAKI HANYA PERLU MENDENGAR SAHAJA, tak payah susah-susah untuk fikirkan jalan penyelesaian untuk si wanita. Sebab kalau si wanita tak boleh lalui kesusahan-kesusahan itu, dah lama dia berhenti lakukannya.

Senangkan jadi lelaki ? Yang susahnya adalah saat si wanita tu nak si lelaki dengar masalah dia, masa pulak lah ada perlawanan bola sepak tengah berlangsung kat TV.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

KENAPA LELAKI JADI PANAS BARAN ?



KENAPA LELAKI JADI PANAS BARAN ?

Hasil dari Kajian, seorang lelaki itu jadi panas baran kerana :

1. Sebab dari kebencian pada hidupnya sendiri, seperti dibelenggu hutang akibat boros berbelanja, hidup dalam kesakitan disebabkan kesihatan yang teruk, tekanan kerja yang tidak dapat ditanggung, dan mati pucuk.

2. Kecewa kerana telah membayangkan kehidupan berkahwin yang penuh dengan keseronokan, tapi bila dah hidup 1-2 tahun di alam perkahwinan, semuanya indah khabar dari rupa. Merasakan isterinya tidak secantik dulu, isterinya yang kini sibuk menjaga anak, pulak tu rumah selalu bising dengan tangisan dan pekikkan anak.

Sebab nombor 1 dan 2 ini biasanya akan disusuli dengan "kenaikan" tangan dan tali pinggang pada ahli keluarganya, dan yang lebih teruk, disertakan dengan penendang pada isteri dan anak-anak, MasyaAllah. Sedangkan LELAKI ini tidak sedar yang dia sebenarnya tak puas hati dengan kehidupannya sendiri, tapi jadikan isteri dan anaknya sebagai mangsa.

3. Jadi panas baran sebab kecewa kerana TIDAK DAPAT MEMBERI KEBAHAGIAAN PASANGANNYA ATAU PADA ISTERI & ANAK-ANAKNYA. Lelaki jenis ini dia jadi tertekan, bukan akibat dari kesusahan yang dialaminya, tetapi akibat dari melihat kesusahan yang terpaksa dilalui oleh pasangan/keluarganya, disebabkan dirinya tidak mampu memberi kebahagiaan pada pasangan/keluarganya.

Sebab nombor 3 ni memang berbeza. Dia jadi panas baran sebab dia AMAT SAYANGKAN pasangannya/isteri & anaknya. Bila dia tak dapat bagi kebahagiaan atau kesenangan pada pasangan/keluarganya, dia akan rasa kecewa dan rasa dirinya tidak berguna. Dia kecewa sebab tak dapat jadi yang terbaik untuk pasangan/keluarganya. Dan baran jenis ini jarang sekali disusuli dengan pukulan sebab dia amat sayangkan pasangan/keluarga dia sebenarnya. BERSYUKURLAH para wanita yang dapat lelaki seperti ini. Cuma si wanita perlu tahanlah saat dia mengamuk atau membebel pada si wanita tu. Itu cuma luahan kecewanya sahaja sebab tak dapat bahagiakan si wanita. Percayalah bahawa semua tu hanya seketika, dan bila Allah temukan jalan keluar untuknya, InsyaAllah dia akan jadi lelaki yang paling penyayang untuk pasangan/keluarganya.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

SUAMI KU, HERO KU....



SUAMI KU, HERO KU....

Lelaki yang beriman dan hati baik akan membantu isteri dan ahli keluarganya dirumah.

Aisyah RA (Ibu orang yang beriman) pernah ditanya apakah yang dilakukan oleh Rasulullah Salallahualaihiwassalam di dalam rumahnya. Maka Aisyah RA pun menjawab : كان يكون في مهنة أهله ( تعني خدمة أهله ) فإذا حضرت الصلاة خرج إلى الصلاة 'Sesungguhnya baginda selalu menyibukkan diri membantu ahli keluarga baginda dan apabila tiba waktu solat maka baginda pun keluar (dari rumah) untuk menunaikan solat.' [riwayat al-Bukhari]

- Ustaz Emran

Suami yang soleh adalah hero dimata isteri, ikutan dalam beragama serta contoh teladan buat isteri dan anak-anak dalam kehidupan !


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

IMPIAN WANITA ?



IMPIAN WANITA ?

Para isteri tidak meminta suaminya untuk mengandungkan anaknya, membawanya selama 9 bulan, dan melahirkannya dalam keadaan yang sangat-sangat terseksa dan menyakitkan.

Mereka cuma minta agar suami mereka hargai pengorbanan mereka, dan redha ke atas mereka, supaya mereka boleh bersama dengan suami mereka di syuga kelak.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

PERKARA BAHAYA YANG SUAMI ISTERI SERING TAK SEDAR (PART 1)



PERKARA BAHAYA YANG SUAMI ISTERI SERING TAK SEDAR (PART 1)
*gambar sekadar hiasan

Niat saya bukanlah untuk menyalahkan para isteri, tapi sebagai peringatan agar para isteri ingat bahawa tugas isteri yang paling utama adalah melayan kehendak suami, dan bukan suami melayan isteri kerana tugas suami yang paling utama adalah mencari dan memberi nafkah kepada isteri, bukan melayan kehendak isteri.

Wanita wajib tahu !! "Setiap lelaki akan mengharapkan dan berimpian agar bakal isterinya boleh melayannya dalam perkara-perkara yang mengembirakan hatinya". Malah si lelaki akan sentiasa punya angan-angan seperti merekalah raja, baring di atas singgahsana, dan membayangkan permaisurinya menyuapkan makanan dalam mulutnya sambil permaisurinya membelai-belai mukanya. INI IMPIAN SEMUA LELAKI.. Lelaki suka isteri yang layan kesukaan mereka.

Dan setelah berkahwin dengan pilihan hatinya, kebanyakannya hanyalah umpama mimpi dalam mimpi bagi si suami. Dan suami akan mula merasa bosan dan penat kerana dia pula yang terpaksa melayan kerenah dan kehendak si isteri setiap hari lepas kahwin. Contohnya, si isteri yang setiap masa meminta-minta, suka berleter, dan suka mengganggu si suami dengan menyuruh si suami membawanya ke tempat-tempat yang membosankan suami.

Dan bila ini terjadi, si suami akan mula rapuh dengan godaan dari wanita. Mereka akan mula mencari wanita lain yang boleh melayan kesukaan mereka tanpa mereka sedari, lebih-lebih lagi bila terjumpa pula wanita lain yang suka melayan kerenah mereka. Dan benteng terakhir si suami, HANYALAH IMANNYA..

Maka beringatlah wahai isteri, inilah hakikat yang banyak berlaku pada suami-suami di luar sana. Sebab itulah Islam telah menetapkan tanggungjawab isteri melayan suami, jangan bagi ruang pada suami anda merasa rimas dengan anda dan membuka ruang dalam hatinya untuk wanita lain ambil alih. Suami dambakan layanan dari isterinya sendiri sebenarnya.

Banyak suami ingin hidup dilayan permaisuri bagaikan raja, tapi adakah si suami layak dilayan sedemikian?


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

BERTUAH SIAPA YANG DAPAT PASANGAN YANG BANYAK KALI GAGAL DALAM IKATAN CINTA.



BERTUAH SIAPA YANG DAPAT PASANGAN YANG BANYAK KALI GAGAL DALAM IKATAN CINTA.

Orang yang banyak kali gagal dalam perhubungan bersama pasangannya akan belajar untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama dalam ikatan cinta yang seterusnya.

Memang bertuah dapat orang yang banyak pengalaman gagal dalam ikatan cinta ni.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

USTAZ MELEMPANG ISTERI DI KHAYALAK RAMAI.

USTAZ MELEMPANG ISTERI DI KHAYALAK RAMAI.

Saya dan rakan-rakan pernah melihat suatu ketika dulu ketika saya masih bersekolah di tingkatan 3, ustaz yang mengajar di sekolah kami sebagai guru agama melempang isterinya dalam kawasan sekolah berdekatan kantin, ketika itu murid-murid lain sedang keluar waktu rehat pagi. Kitorang menggelarnya ustaz garang.

"Orang yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya antara mereka dan yang paling baik adalah yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan Tirmizi, hadis no: 1082.

Tingginya Iman seorang lelaki tidak terletak pada banyak ilmu agamanya, tetapi Iman seorang lelaki terletak pada PENGHAYATAN pada setiap ilmu agama yang ada padanya. KEIKHLASAN dalam setiap amalannya lah yang akan memantapkan Iman dalam dadanya.

Jadi, tak kira lah suami ustaz ke, suami imam masjid ke, suami mat rock, mat motor, kaki racing kereta, kaki pancing, suami kaya, suami miskin, selagi akhlak mereka baik pada isteri mereka, cukup semua rukun Islam dan ikut halal haram, maka sempurnalah iman mereka.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

CIRI-CIRI SUAMI YANG SAYANG ISTERI (PART 4)

CIRI-CIRI SUAMI YANG SAYANG ISTERI (PART 4)

*Suatu malam selepas Maghrib, ketika di jalan TAR, Kuala Lumpur, di malam raya...

Suami : Sayang cari baju cepat-cepat sikit ya, Abang nak berehat dengan Sayang malam ni, dah nak balik kampung awal pagi esok. [nada bisik] Abang rindu Sayang, kalau boleh, nak "bersama" Sayang malam ni. Nanti dah kat kampung, susah nak dapat peluang dah..

Isteri : Baik Abang, Sayang akan "hadiahkan" yang best punya malam ni.

*Si isteri dengan hati yang riang gembira, berjalanlah dia dengan suaminya sepanjang-panjang jalan TAR yang penuh dengan aneka pilihan baju raya.

*4 jam berlalu, tamat sudah 2 kali tawaf sepanjang jalan TAR tu. Si suami terus melayan kerenah isterinya dengan sabar...

Suami : [nada lembut] Sayang tak dapat buat keputusan lagi ke? dah pukul 12 malam dah ni. Dah banyak dah baju yang Sayang cuba tadi, tiada yang berkenan dihati ke?

Isteri : [muka muncung] Entah la Abang, tak tau mana satu nak pilih. Jom kita patah balik pegi sana la Abang.

Suami : OK.

*Setengah jam berlalu, mata si isteri tiba-tiba membulat sebesar-besarnya, kira yang terbesar sepanjang malam ni.

Isteri : Abang !! Abang !! Yang tu betul-betul cantik Abang. Jom Abang, Jom !!

*si isteri menarik tangan suaminya, dalam hati si suami mengharap agar itulah pilihan muktamad si isteri.

Isteri : [bersemangat] Cantik kan ni Abang ?

Suami : Ya. Cantik, cantik. Sayang suka ke ? [dalam hati] *tolonglah ambik (T_T)

Isteri : OK. Dah. Sayang nak yang ni.

Suami : OK, Abang belikan yang ni untuk Sayang ya ?

Isteri : Terima kasih Abang.. kat rumah nanti, "hadiah" untuk abang pulak ya.

*Suami tersenyum lebar.. tak sabar untuk pulang ke rumah.

*Setibanya di rumah, si isteri terus mencuba baju raya barunya. Si suami pula sedang bersiap dalam bilik mandi untuk berwangi-wangi.

Suami : [selesai mandi] Eh !! Sayang dah tidur ??

Isteri : [terlantar atas katil] Maaf Abang, tiba-tiba rasa penat sangat, maafkan Sayang ye Abang.

*Si isteri terus memejamkan mata tertidur. Si suami agak kecewa. Si suami terus merenung wajah isterinya. Nampak raut muka penuh keriangan pada wajah isterinya. Hati si suami berubah jadi gembira.

Suami : [nada bisik] Sayang tidurlah ya. Rehatlah untuk esok. Nanti Abang kejut awal pagi nanti tau. *terus kucup dahi isterinya.

Wahai isteri,
Si suami bukan sahaja telah melayanmu dengan baik dan penuh sabar, malah telah menggugurkan haknya ke atas si isteri untuk "bersama" dengannya. Bersyukurlah jika dapat suami sebegini.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

CINTA YANG TAK MENGHARAP BALASAN (PART 1)




CINTA YANG TAK MENGHARAP BALASAN (PART 1)

Si kakak tak tahu, apakah yang bakal dia dapat, dengan menyayangi adiknya. Dalam hatinya, cuma ada sebuah kasih sayang yang mengharapkan segalanya akan baik buat adiknya.

Ketika si adik menangis, si kakak akan cuba sedaya upaya untuk menenangkan adiknya. Dalam jiwa si kakak, dia takkan tinggalkan adiknya walau sesukar mana pun keadaannya, si kakak hanya mahu, kebahagiaan buat adiknya.... Tanpa memikirkan, apakah balasan yang bakal adiknya beri padanya.

Sejauh manakah keikhlasan cinta kita pada pasangan kita?

Wahai suami,

Adakah setiap pemberianmu pada isteri, mengharapkan agar isterimu sentiasa melayanmu dengan baik?
Apakah dengan setiap pemberianmu itu, kamu mengharapkan agar isterimu menghadiahkan kamu kepuasan di kamar tidur dimalamnya?
Adakah dengan setiap pengorbananmu itu, kamu mengharapkan agar isterimu bertambah sayang padamu dan ikut segala kemahuanmu?

Wahai isteri,

Adakah setiap layananmu pada suami, mengharap agar suamimu sentiasa memberi hadiah yang cantik-cantik buatmu?
Apakah dengan setiap tutur lembut dan manjamu pada suami, mengharap agar suami sentiasa mengikut katamu dan menggembirakan hatimu?
Adakah dengan layanan menggodamu setiap malam pada suamimu, kamu mengharapkan agar suami sentiasa setia bersamamu?

Adakah ini HAKIKAT perkahwinan ?


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.