Tuesday, 8 October 2013

CIRI-CIRI SUAMI YANG SAYANG ISTERI (PART 2)


CIRI-CIRI SUAMI YANG SAYANG ISTERI (PART 2)

*Di sebuah restoran, sepasang suami isteri sedang dihidangkan makanan pesanan mereka. Mereka pun mula menjamah makanan masing-masing. Si suami dengan rasa penuh selera terus menjamah makanan kegemarannya. Enak rasanya, rasa puas dengan setiap kunyahan. Tiba-tiba kelihatan si isteri dengan muka yang agak masam.

Isteri: Abang punya sedap tak?

*si suami yang telah dapat mengagak makanan isterinya tak sedap,

Suami: Tu la.. abang punya pun tak sedap. Cuba sayang rasa abang punya.

*Si suami terus ambil makanan si isteri dan merasa makanan isterinya.. memang tak sedap. Si isteri pula setelah merasa makanan suaminya,

Isteri: Abang punya sedaplah.

Suami: Sayang punya sedap gilerr lah.. abang nak sayang punya lah!! Kita tukar. *sambil tersenyum gembira

*Si isteri pun gembira kerana makanan yang dia order tadi sedap bagi suaminya.. Sedangkan suaminya meneruskan makan juadah isterinya yang tak sedap sebenarnya tu..

1. Si suami tidak sanggup untuk melihat isterinya makan makanan yang tak sedap lalu beliau korbankan selera sendiri lalu makan hidangan si isteri.

2. Boleh jer nak order lain tapi si suami tidak mahu si isteri merasa bersalah dengan makanan yang telah diorder oleh si isteri sendiri sebab ia tak sedap.

Inilah antara ciri-ciri suami yang sayang isteri.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

No comments:

Post a Comment