7 RUTIN ISTERI YANG MENDAPAT PAHALA JIHAD !!
Kalau kita lihat Lelaki yang keluar berjuang menegakkan agama, mereka inilah orang-orang yang telah mendapat sebesar-besar pahala jihad. Sedangkan para isteri lupa, dimana ketika si isteri :
1. Bangun pagi dan masak untuk keluarga,
2. Menggosok baju kerja suami dan baju sekolah anak-anak,
3. KELUAR BEKERJA DENGAN RELA, demi membantu suami mencari nafkah tambahan untuk menyara keluarga disebabkan pendapatan suami tidak mencukupi,
4. Balik dari tempat kerja, sambung pula tugasan mengemas rumah yang berselerak dengan mainan anak-anak, pakaian suami yang merata-rata,
5. Lepas kemas rumah sambung pula memasak untuk suami dan anak-anak yang lapar,
6. Basuh pinggan mangkuk, periuk belangan dan menjemur kain yang dibasuh,
7. Lepas semua tu, KENE LAYAN SUAMI DALAM BILIK PULA, dilayan dengan baik dan penuh manja pulak tu.
Wahai isteri, sedarlah bahawa dalam penat lelah anda tu, anda sedang dilimpahi pahala jihad yang tinggi disisi Allah sama seperti pejuang-pejuang lelaki yang berperang menegakkan agama.
Bersabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)
Inilah rutin isteri yang mendapat pahala Jihad. Jadi bertuahlah para isteri zaman sekarang, apa yang anda lakukan setiap hari tu, jauh lebih hebat pahalanya dari apa yang suami anda dapat tiap-tiap hari.
No comments:
Post a Comment