Wahai isteri, sedarlah anda bahawa kecantikan anda akan pudar dimakan usia. Jika cantik dan jelita yang anda ingin gunakan untuk ikat hati suami untuk selama-lamanya, akan ada wanita yang lebih muda dan cantik dari anda untuk menggantikan tempat anda. Tetapi, ketahuilah satu rahsia yang menyebabkan suami akan terus bersama anda selamanya walaupun anda tidak lagi cantik dan menawan seperti 30 tahun yang lalu.
Ini kisah benar dari isteri saya sendiri, kerana beliau bekerja di wad pesakit kanser suatu ketika dulu.
Isteri seorang pakcik ni berumur 50-an telah menghidapi kanser payu dara stage 4. Pakcik tu pun dalam lingkungan 50-an juga. Isterinya memang tunggu masa je untuk pergi. Dah nazak sangat.
Tetapi isteri saya sangat kagum dengan pakcik tu yang sentiasa ada di sisi isterinya. Selama lebih kurang sebulan isteri saya lihat rutin harian pakcik tu, dari awal pagi sampailah ke malam, tanpa kenal erti penat lelah, terus menjaga isterinya bagai menatang minyak yang penuh. Isteri saya memang sangat-sangat tersentuh dengan kasih sayang pakcik itu pada isterinya.
Saya beberapa kali juga terserempak dengan pakcik tu masa saya datang ke wad untuk jemput isteri saya balik kerja. Dan nak dijadikan cerita, ada satu masa tu saya sedang solat Isyak di surau berdekatan wad sementara menunggu isteri pulang, pakcik tu juga berada dalam surau tu.
Saya pun ambil kesempatan untuk berbual dengan beliau. Dari perbualan dengan beliau, kini saya dapat tahu 1 rahsia yang sangat berguna untuk para isteri.
Kesimpulan dari dialog pakcik tu.
"Pakcik bahagia hidup dengan isteri pakcik. Dulu isteri pakcik cantik.. dia selalu bagi pakcik ketawa dengan telatah dia. Sampai sekarang pakcik tak boleh lupa memek muka dia dengan telatah dia. Masa pakcik susah, dia selalu ada dengan pakcik, tak pernah dia komplen apa-apa. Susah nak tengok dia susahkan pakcik. Yang paling pakcik tak lupa, ada sekali tu pakcik tercerita kat isteri pakcik tentang 1 impian pakcik, saja-saja cerita je, sekali tu diam-diam dia pegi buat untuk pakcik. Tersentuh betul hati pakcik. Sekarang ni isteri pakcik sakit, dia perlukan pakcik, pakcik teman lah dia, sampai dia pergi nanti. Pakcik harap pakcik dapat masuk syurga dengan dia."
Itulah kisah pakcik & makcik tu sebelum makcik tu menghembus nafas terakhirnya di wad tu.
Wahai isteri,
Ketahuilah bahawa, rupa si isteri tidak lagi menjadi kekuatan suami untuk terus bersama isterinya, tetapi, berapa banyak lakaran bahagia yang dipahatkan dalam hati suamilah yang akan kekal sebagai memori indah buat suami selama-lamanya. Inilah rahsia menambat hati suami yang terhebat.
- Membina Hubungan Bahagia, ISTERI CANTIK, TAPI SUAMI CARI LAIN JUGA ?
No comments:
Post a Comment