Wednesday, 2 October 2013

AKIBAT PERKARA KECIL, PASANGAN GADUH BESAR.



Saya terpanggil untuk mengulas tajuk ini di sini atas pertanyaan seorang teman dalam fanpage INI.

Kadang-kadang, kita biasa lihat keadaan seperti ini berlaku pada ahli keluarga atau teman-teman kita. Dan, kita akan rasa pelik, kenapa hanya perkara kecil, boleh sampai bergaduh besar. Siap bertumbuk pun ada. Nak pulak si isteri yang ada karate, suami pun diterajangnya. Dan yang lebih sedih, sehingga bercerai pun ada. Kenapa jadi sebegini ??

Punca utama yang sebenar adalah KADAR STRESS. Si suami ada kadar 'stress'nya yang tersendiri, si isteri juga ada kadar 'stress'nya yang tersendiri. Kita perlu anggap macam ni. KESABARAN kita ibarat getah (rubber band), dan STRESS pula adalah beban kepada getah tersebut.

Penyebab-penyebab STRESS adalah seperti tekanan duit tak cukup, tekanan akan kene marah dengan boss sebab tugasan belum siap, tekanan sebab isteri tak berhias untuk suami, tekanan sebab suami tak membantu kerja-kerja rumah, dan sebagainya, YANG TERKUMPUL akibat tidak diluahkan. Lagi dipendam, lagi beratlah jadinya stress itu.

Applikasi dalam kehidupan kita, jika kita faham yang berikut ini, maka senanglah kita menilai keadaan pasangan kita :

1. Orang yang punya kesabaran tinggi maknanya GETAH dia tebal. GETAH yang tebal susah nak nak putus walau beban stress terkumpul berat. Tapi tetap boleh putus jika melebihi muatan.

2. Orang yang kesabaran rendah pula maknanya nipislah GETAHNYA. Senang la dia putus walaupun beban stress kecil.

Maka, kita nilailah kadar stress pasangan kita dengan melihat muka mereka. Adakah GETAHNYA masih boleh bertahan atau tak dengan stress-stress yang sedang dia pendam.

Sekarang masuk kepada persoalan asal, kenapa perkara kecil, jadi ribut taufan satu rumah?

Teman-teman sekalian dah nampak kan? 'Salah kecil' yang dilakukan pasangan, ketika betul-betul sebelum saat bermulanya gaduh, sebenarnya bukanlah 'puncanya'. Sebagai contoh, GETAH si isteri dah nak putus sebab stress dah berat dengan macam-macam masalah dirumah, si suami pun tengah nak putus jugak GETAH dia tu. Lepas balik dari kerja, si isteri pulak lambat buatkan air untuk dia (masalah kecil je sebenarnya). Tambah lagi stress si suami, lalu putuslah GETAH tersebut.

Suami : [Getah dah putus, mula luahkan marah] Mana air abang ni, apesal lambat sangat? nak bagi abang mati ke? awak buat apa sangat kat rumah pun duduk lepak je !!! *sedapnya ayat yang keluar dari mulut dia. 

Isteri : [Dengar ayat macamtu keluar dari mulut suami, lalu Getah dia pulak putus] Sedapnya mulut abang cakap, ingat saya duduk goyang kaki ke kat rumah ni hah?

*Gaduh bermula. Belum besar lagi tu.

Suami : [bertambah panas] Awak dah pandai menjawab ye sekarang!! Dah la tiap-tiap hari serabai je muka awak tu!! buat saya macam tunggul!! Bini jenis apa awak ni hah? dah la awak tu dulu asyik dok berkepit senyap-senyap belakang saya dengan ex-boyfriend awak masa kita tunang kan??? *dah mula ungkit kisah silam.

Isteri : [hilang kawalan] Abang cakap saya ya? yang abang tu dulu girlfriend keliling pinggang!! Habiskan duit abang semua kat diorang tu apa??? sekarang ni saya nak shopping pun abang dah takde duit tau tak??? *balas dengan ungkit juga.

*Terus berbalas-balas, habis semua yang terbuku keluar.

Nampak tak proses kejadian GADUH BESAR akibat dari PERKARA KECIL?


TIPS AGAR TIDAK BERLAKU SEPERTI SITUASI DI ATAS

1. Kurangkan stress-stress setiap hari dengan meluahkannya sikit-sikit dengan cara yang tenang. Sebut masalah-masalah kita pada pasangan. Jangan hanya cerita masalah kita je. Tunjuk juga yang kita faham, pasangan kita juga ada masalah tersendiri. JANGAN ABAIKAN LANGKAH PENTING INI!! Teman-teman semua dah nampakkan bahaya mengumpul stress banyak-banyak dalam jiwa ni kan?

2. Kita manusia biasa. Kadang-kadang GETAH terputus juga. TAPI INGATLAH!! Jika dah terlanjur marah pasangan, TERUS DIAM sambil ingat pengorbanan pasangan kita. Macam-macam dah dia buat untuk kita. BERHENTI TERUS BERCAKAP, kerana ia akan menjurus kepada UNGKIT MENGUNGKIT yang tiada penghujungnya.

Wallahualam.

Saya akan terus post Tips-tips/Artikel tentang Memahami Pasangan, Kesilapan-kesilapan Maut dalam perhubungan yang berakhir dengan Penceraian, dan Teknik Membina Kemahiran yang Wajib Ada dalam setiap Perhubungan.

LIKE >>> Membina Hubungan Bahagia untuk updates terbaru !!!

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan di sini >>>https://www.facebook.com/messages/MembinaHubunganBahagia


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

No comments:

Post a Comment