Sudah jadi lumrah rumahtangga zaman sekarang, kebanyakan isteri memang kuat berleter. Suami buat silap sikit, si isteri akan bising. Suami tak buat sesuatu untuk mereka, juga mereka akan bising. Si suami lama-lama mulalah rasa meluat dengan perangai si isteri yang setiap masa bising pada mereka. Dan-dan pulak kat pejabat ada teman sekerja wanita bujang jadi tempat luahan si suami. Mulalah si suami mengadu tentang keperitannya.. *perit la sangat (tangan di bahu mata ke atas)
*Suatu petang di pejabat.
Suami : I tension betul la nak balik rumah kejap lagi ni. Isteri I mesti membebel lagi kat I.
Wanita sekerja : Kenapa isteri u suka bising kat u ye? Dia tak kesian ke kat U?
Suami : Itulah, ada saja yang tak kene kat rumah tu. Semuanya tak betul. Kesian I.
Wanita sekerja : Kesian I tengok U. Ada suami baik macam U pun, dia tak berterima kasih lagi. Kalau lah I jadi Isteri U, tak sanggup I bising-bising kat U tau.
Seronoknya suami ada tempat bermanja untuk mengadu. Ingatlah wahai suami, dulu sebelum kawin, ada tak si isteri suka membebel macam tu? Ketahuilah bahawa si isteri membebel kerana penat "MENJAGA" rumah si suami. Hampir semua kerja dia kene buat kat rumah tu setelah berkahwin dengan si suami. Si suami pula nak tolong sehari pun susah. Macam mana si isteri tak penat? bila malam pandai pula si suami "MEMINTA" dalam bilik, isteri tak bagi dikatakan pula malaikat melaknat sampai pagi.
Ingatlah wahai suami, kerja-kerja rumah bukan tanggungjawab si isteri, tapi si isteri lakukan juga demi keluarga yang dia sayang. Suami sepatutnya "tiap-tiap hari" tolong buat kerja-kerja rumah. Kalau malas nak tolong dan mampu, bagi orang gaji seorang. Barulah si isteri tu tak penat. Isteri yang tak penat, akan kurang berleter. Tak percaya, cubalah wahai suami.
Dan buat teman sekerja wanita yang bujang tu pula, tak perlu rasa pelik kenapa isteri orang lain kuat berleter, bila anda dah jadi isteri nanti, anda akan tahu betapa penatnya jadi seorang isteri. Silap-silap esok anda yang jadi seperti isteri si suami orang tu. Masa bercinta dengan suaminya, memanglah tak penat. Sebab tak ada tanggungjawab. Semuanya seronok ketika bercinta. Bila dah kahwin nanti, tanggungjawab berat menanti suami isteri. Dan hanya kesabaran yang tinggi mampu membuatkan perkahwinan bertahan.
- Membina Hubungan Bahagia, SI ISTERI KUAT BERLETER, TENSION LAH !!
No comments:
Post a Comment