PERKARA BAHAYA YANG SUAMI ISTERI SERING TAK SEDAR (PART 1)
*gambar sekadar hiasan
Niat saya bukanlah untuk menyalahkan para isteri, tapi sebagai peringatan agar para isteri ingat bahawa tugas isteri yang paling utama adalah melayan kehendak suami, dan bukan suami melayan isteri kerana tugas suami yang paling utama adalah mencari dan memberi nafkah kepada isteri, bukan melayan kehendak isteri.
Wanita wajib tahu !! "Setiap lelaki akan mengharapkan dan berimpian agar bakal isterinya boleh melayannya dalam perkara-perkara yang mengembirakan hatinya". Malah si lelaki akan sentiasa punya angan-angan seperti merekalah raja, baring di atas singgahsana, dan membayangkan permaisurinya menyuapkan makanan dalam mulutnya sambil permaisurinya membelai-belai mukanya. INI IMPIAN SEMUA LELAKI.. Lelaki suka isteri yang layan kesukaan mereka.
Dan setelah berkahwin dengan pilihan hatinya, kebanyakannya hanyalah umpama mimpi dalam mimpi bagi si suami. Dan suami akan mula merasa bosan dan penat kerana dia pula yang terpaksa melayan kerenah dan kehendak si isteri setiap hari lepas kahwin. Contohnya, si isteri yang setiap masa meminta-minta, suka berleter, dan suka mengganggu si suami dengan menyuruh si suami membawanya ke tempat-tempat yang membosankan suami.
Dan bila ini terjadi, si suami akan mula rapuh dengan godaan dari wanita. Mereka akan mula mencari wanita lain yang boleh melayan kesukaan mereka tanpa mereka sedari, lebih-lebih lagi bila terjumpa pula wanita lain yang suka melayan kerenah mereka. Dan benteng terakhir si suami, HANYALAH IMANNYA..
Maka beringatlah wahai isteri, inilah hakikat yang banyak berlaku pada suami-suami di luar sana. Sebab itulah Islam telah menetapkan tanggungjawab isteri melayan suami, jangan bagi ruang pada suami anda merasa rimas dengan anda dan membuka ruang dalam hatinya untuk wanita lain ambil alih. Suami dambakan layanan dari isterinya sendiri sebenarnya.
Banyak suami ingin hidup dilayan permaisuri bagaikan raja, tapi adakah si suami layak dilayan sedemikian?
No comments:
Post a Comment