Pengalaman pahit perkahwinan yang saya lalui dalam hidup saya suatu ketika dulu telah banyak mengajar saya nilai sesebuah perhubungan bersama pasangan, erti keperitan insan bernama ibu & bapa, dan anak-anak yang menjadi mangsa kejahilan saya. Kesilapan demi kesilapan saya tempuh dengan penuh keperitan.
Sekarang, dah banyak juga pasangan yang saya kongsikan ilmu yang ada agar kita semua mengerti apakah punca sebenar dalam konflik yang kita dan semua orang lain hadapi. Kerana, setelah kita faham apa yang dirasai pasangan kita, InsyaAllah akan ada jalan penyelesaian. Dengan Ilmu yang saya belajar dari ramai guru-guru yang berpengalaman, saya berharap sangat agar semua pasangan diluar sana tidak lalui keperitan seperti saya.
Semoga Allah s.a.w bantu perjuangan saya.
Terima kasih kepada teman-teman sekalian. :'-)
Saya akan terus post Tips-tips/Artikel tentang Memahami Pasangan, Kesilapan-kesilapan Maut dalam perhubungan yang berakhir dengan Penceraian, dan Teknik Membina Kemahiran yang Wajib Ada dalam setiap Perhubungan.
Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.
No comments:
Post a Comment