Sunday, 20 October 2013

BENARKAH CEMBURU TANDA SAYANG ? (PART 1)

BENARKAH CEMBURU TANDA SAYANG ? (PART 1)

Satu kajian telah dijalankan untuk mencungkil apakah sebenarnya perasaan disebalik rasa cemburu yang dimiliki oleh wanita. Dan 2 jawapan yang paling banyak ditemui adalah :

1. Si wanita terlampau sayangkan "rasa bahagianya" bersama pasangannya, sehinggakan dia takut kehilangan "bahagia" yang dikecapi bersama si lelaki apabila si lelaki mula rapat dengan wanita lain. Si wanita ini takut "bahagianya" akan dirampas oleh wanita lain. Ibaratnya seperti sucinya perasaan seorang kanak-kanak yang memiliki ibubapa yang sangat menyayanginya, dan apabila adiknya muncul dalam dunia ni, dia mula rasa cemburu kerana masa kasih sayang ibupanya telah diberikan pula pada si adik yang baru.

2. Si wanita yang terlampau banyak berkorban untuk pasangannya, sanggup lalui keadaan yang sukar, dan telah banyak bersusah payah demi kebahagiaan si lelaki. Dan apabila si wanita ini melihat si lelaki mula mesra dengan wanita lain, si wanita ini akan rasa segala pengorbanannya tidak dihargai dan sia-sia. Ibaratnya seperti seorang yang telah susah payah dan berkorban banyak masa untuk menyiapkan sebuah rumah impiannya, tiba-tiba ada orang lain pula datang nak ambil rumah tersebut.

Ya, cemburu memang tanda sayang. Ia adalah perasaan sayang juga tetapi ini adalah sayang tahap 1, yaitu tahap sayang yang paling bawah sekali.

Apakah sayang tahap 2? Ada ke manusia yang mencapai tahap sayang yang lebih tinggi? Ikuti PART 2 dalam posting akan datang.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

No comments:

Post a Comment