Sunday, 20 October 2013

JANGAN BIAR KEADAAN MENGHUKUM RUMAHTANGGA KITA (PART 2)

JANGAN BIAR KEADAAN MENGHUKUM RUMAHTANGGA KITA (PART 2)

Kita dan pasangan saling mencintai, saling sayang menyayangi. Tapi kebanyakan dari kita tanpa disedari telah "menghukum" pasangan kita sedangkan yang bersalah adalah keadaan, bukannya pasangan kita.

KISAH BENAR

Seorang isteri hidup bahagia bersama suaminya. Setiap hari ada saja lauk-lauk yang sedap untuk dimasak yang disediakan suaminya. Ayam, daging, sotong, udang, segalanya cukup dalam peti ais rumahnya. Tiba suatu ketika, keselesaan mereka diuji Allah.

*si isteri mula perasan muka suaminya sejak seminggu yang lalu.

Isteri : Abang, saya tengok muka abang dari sejak dua menjak ni macam resah je? Kenapa abang?

*Si suami diam. Dalam hatinya resah memikirkan syarikat tempat dia bekerja telah memotong separuh gajinya dan semua gaji pekerja-pekerja lain akibat dari kerugian dalam perniagaan syarikat.

Suami : Tak ada apa awak, cuma ada tekanan kerja sikit. Itu je.

Isteri : Oh ye ke? Abang, lauk dalam peti ais dah habis. Malam ni saya nak nak masak apa? Tinggal telur je. Abang pegi la beli lauk.

Suami : Malam ni kita makan telur goreng je lah ye. Besok abang beli ikan.

*Seminggu berlalu, si suami masih lagi berusaha mencari peluang pekerjaan lain demi memperbaiki semula keadaan kewangan keluarganya.

Isteri : Hari ni makan ikan ni lagi ke abang? (si isteri ibarat mencemuh ikan pelaling yang dibelikan suaminya). Saya dah bosan lah asyik masak ngan makan ikan je. Semalam telur, harini ikan lagi. Kenapa abang tak beli lauk lain?

Suami : [sebak] Awak, sebenarnya gaji abang dah kene potong, banyak kene potong, ada sesetengah pekerja dah dibuang pun. Syarikat abang keje tengah rugi teruk. Kita tengah susah sebenarnya sekarang ni. Abang tengah cuba cari keje lain ni, tapi tak ada rezeki lagi. Awak bersabarlah ya.

Isteri : Laa... Kenapa abang tak cakap selama ni? (si isteri kecewa mendengar apa yang berlaku ke atas suaminya)

*Sebulan berlalu.. si isteri mula rasa tertekan dengan keadaan hidupnya yang kini semakin teruk.

*Di dapur, si isteri sedang membasuh pinggan mangkuk.

Isteri : [mula tinggikan suara] Abang boleh tak jangan duduk baca paper je? Saya penat ni tau tak? Tolonglah angkat kain basah ni pegi jemur luar sana. Kain pun tak lipat lagi. Saya penat tau tak!!

*Si suami yang sedang mencatit nombor-nombor telefon syarikat yang memerlukan pekerja, terus bangun dan lakukan seperti disuruh. Dia hanya diam seribu bahasa.

*Dalam bilik tidur pada malam hari.. Suami mula memeluk-meluk si isteri. Dalam hatinya sangat rindu pada belaian mesra isterinya. Dia sangat-sangat memerlukan belaian-belaian semangat dari isterinya.

Isteri : [nada marah] Abang boleh tak jangan peluk-peluk saya malam ni. Saya rimas tau tak? takde mood tau!!

*Hancur hati si suami mendengar kata-kata sebegitu dari isterinya. Tak pernah si isterinya bersikap sebegitu kasar dengannya sebelum ini. Dia bangkit dari katil dan terus keluar dari bilik. Si isteri tidak endahkan langsung suaminya dan terus sambung tidur. Dengan hati yang hancur, terduduk si suami mengenangkan nasibnya.

Cuba kita bayangkan, adakah ia salah si suami, atau salah keadaan? Bukan si suami pinta untuk memberikan kehidupan seperti itu pada isterinya. Malah dia sedang usaha untuk perbaiki keadaan keluarganya. Inilah yang dikatakan disebabkan keadaan, pasangan tak bersalah yang dihukum.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

No comments:

Post a Comment