(sambungan dari EPISOD 1... )
DAH TU, SUAMI TAK BERSALAH KE??
*Selepas bergaduh dengan si Suami, si Isteri pun sambung bersiap untuk ke tempat kerja dengan lemah dan tidak bermaya. Anaknya mula menangis seakan-akan dapat rasa kesedihan si Ibunya. Pagi yang yang sepatutnya indah diselubungi suram yang gelap. Teringat si Isteri 2 tahun lalu, dalam bilik ini jugalah, Suaminya tersenyum manja padanya setiap kali bangun dari tidur, masih terasa lagi kehangatan kasih sayang dan belaian dari suami yang dicintainya. Kini, semua itu, telah tiada lagi. :'-(
*Hari pun berlalu, petang pun menjelma. Si Isteri pandu pulang dari Hospital tempat dia bekerja, singgah ke taska untuk menyambut anaknya, demi menambah rezeki si Suami, tak sanggup melihat suaminya bekerja penat-penat seorang diri demi menyara kos hidup yang tinggi. Setibanya di rumah, si Isteri terus sambung dengan kerja-kerja rumah sebagai rutin hariannya. Hinggalah malam, suaminya masih belum pulang. Terasa sangat rindu pada saat si Suaminya pulang dari kerja, dengan penuh semangat dan gembira apabila melihat si Isteri membuka daun pintu rumah. Pada saat itu, si Suami akan terus dakap si Isteri dengan penuh lembut dan manja. Tapi, semua itu, hanya suatu ketika dahulu.. :'-(
(Di suatu tempat lain)
Suami : [konon tengah sedih la sangat] I tension lah kat rumah tu. Isteri I tu kongkong i macam budak-budak. Asyik membebel jer kejenya. Dah la tak layan I dengan baik. Tak macam U langsung. :->
Teman Wanita : [dengan gedik] I mestilah layan U dengan sempurna, I kan sayang U. Bodoh betul Isteri U, tak pandai langsung nak jaga U. Bertuah I dapat U tau. :->
Suami : [sedih pilu kecewa] Tu lah. Tak pernah langsung dia jaga penampilan dia untuk I. Layan I macam nak tak nak jer. Macam I ni bukan suami dia langsung!!
Teman Wanita : [bertambah gedik] Alahai, Kesian U. Takpe-takpe, I kan ada? I akan layan U seperti di syurga.
*Si Isteri masih tunggu kepulangan suaminya di rumah, untuk minta maaf atas keterlanjurannya pada si Suami pagi tadi. Tunggu dan terus tunggu. Dengan penuh harapan... :'-(
DENGARLAH WAHAI SUAMI.....
Lupakah engkau suatu ketika dulu,
Isterimu lah yang engkau puja,
yang engkau katakan paling cantik di dunia,
yang telah buat engkau gila bayang dengan senyumannya..
Lupakah engkau suatu ketika dulu,
layanan Isterimu lah yang terhebat di dunia,
yang kelihatan sangat manja dengan setiap gerak gerinya,
yang nampak sangat comel dengan sifat garangnya,
yang kini kau kata telah mengongkongmu pula??
Lupakah engkau suatu ketika dulu,
Isterimu yang mengandungkan anak mu,
yang setiap hari tersiksa kesakitan demi membawa zuriatmu,
tapi ditabahkan hati dengan penuh kesabaran demi sebuah cinta,
yang merintih keperitan ketika melahirkan anak mu,
yang berjuang setiap hari demi membesarkan keturunan mu,
yang kini kau kata sudah tidak melayan mu dengan baik??
Sedarlah wahai Suami,
dari keseronokan dunia yang hanya seketika,
dunia yang engkau mahu jadikan syurga buat diri mu,
hanyalah bayangan yang sementara semata-mata,
sedangkan yang kekal sedang menunggu mu,
Isteri dan anak mu,
yang akan menyambutmu di pintu syurga,
dalam keadaan paling sempurna,
untuk menjadi milik mu selama-lamanya.......
Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.
No comments:
Post a Comment