Wednesday, 2 October 2013

RACUN YANG MEMBUNUH HATI !! (KISAH 1, EPISOD 1)

Gambar sekadar hiasan

(Dalam Bilik)


Suami : [marah] Mana pegi abang punya handphone ni Tipah? Malam semalam abang letak sini!!!

Isteri : [sedih] Ni bang, saya pinjam handphone abang sekejap malam tadi..

Suami : [mengamuk] Kan abang dah cakap jangan nak pandai-pandai usik handphone abang!!!

*Suami merampas handphone dengan kasar dari tangan isterinya.

Isteri : [sangat kecewa] Abang tu sebenarnya ada perempuan lain kan!!! Abang mengaku je lah!!!

Suami : [mengamuk] Baik awak diam sebelum saya naik tangan!! Awak jangan nak tuduh saya ya!!!

Isteri : [marah] Kalau abang takde hubungan dengan perempuan lain, kenapa abang nak marah sangat!!

Suami : [mengamuk] Abang cakap diam, diam ya !!! *Tangan dah mula naik seakan-akan hendak memukul isterinya. Isterinya mula menutup mukanya dengan tangan.. lalu terus membisu tak berani melawan.

*Suami terus diam sambil bersiap dengan cepat lalu terus beredar dari bilik. Sambil menghempas pintu. Isteri terus terduduk sambil menangis.


ANALISIS DARI PAKAR

Perbuatan suami yang bertindak marah dan dianggap menyimpan hubungan sulit lain adalah RACUN KEPADA HATI isteriya. Selagi isterinya mampu bertahan sendirian, maka situasi ini akan terus berulang. Dan apabila isteri sudah tidak mampu bertahan dengan kasakitan racun tersebut, dia akan mula mencari penawarnya. PENAWAR bagi hati yang telah diracuni adalah MELUAHKAN. 

Senarai orang-orang yang biasanya si isteri pilih untuk meluahkan kesakitannya :

1. Meluahkan pada ahli keluarga atau kawan perempuannya = MEMANG BERKESAN. Hati akan rasa kurang sakit selepas melakukannya, TETAPI kesan sampingan ubat ini boleh jadi 2 kemungkinan.

(a) Jika ahli keluarga atau kawan perempuan si isteri memberi jalan keluar dengan TERUS MENENTANG SUAMINYA, ataupun TINGGALKAN SUAMINYA, kemungkinan besarnya adalah PENCERAIAN.

(b) Jika mereka ini memberi sokongan moral dalam meningkatkan kesabaran si isteri dalam mengharungi kesakitannya, maka peluang untuk MENGEKALKAN IKATAN akan terus bertahan.

Ubat (a) lebih cepat bertindak dari ubat (b), tapi ia menjurus kepada perpisahan. Oleh itu para Isteri, pilihan ubat ditangan anda.


2. Meluahkan pada kawan lelaki = TETAP BERKESAN. Hati akan terubat juga selepas melakukannya. TETAPI INI ADALAH UBAT YANG PALING BERISIKO TINGGI.

(a) Jika kawan lelaki tersebut mempunyai NIAT JAHAT, dia akan mengambil kesempatan terhadap kerapuhan hati si isteri tersebut pada suaminya, lalu dia pula akan menawarkan ubat kepada si isteri dengan MENJALIN HUBUNGAN SULIT pula dengan si isteri. (inilah yang banyak berlaku sekarang)

(b) Jika kawan lelaki tersebut BERNIAT IKHLAS, dia mungkin akan membantu si isteri tersebut untuk merebut semula kasih sayang suaminya. Kemungkinan untuk jumpa jalan penyelesaian dengan si suami tetap ada.

TETAPI BERINGATLAH !! Penawar sebegini bergantung sepenuhnya pada NIAT si pemberi ubat. Dan IA TETAP BERISIKO kerana niat manusia sukar dibaca. 


TEMPAT TERBAIK MELUAHKAN PERASAAN TERPENDAM

1. Luahkan pada pakar-pakar khidmat kaunseling. Kerana mereka ini mampu melihat sejauh mana kesakitan si isteri dan akan bagi UBAT mengikut preskripsi yang lebih TEPAT.

2. Dan yang PALING PENTING, luahlah kepada Allah, Bacalah Al-Quran, dan Banyakkan berzikir. "WAJIB ISTIQOMAH!!" saya ulang sekali lagi untuk diri saya dan kita semua, "WAJIB ISTIQOMAH!!". Kerana, kesilapan kita adalah apabila kita menganggap kekuatan hati boleh datang sekelip mata. Inilah silap ramai orang dimana bila dia cuba luah pada Allah, BARU SEKALI DUA KALI, dan rasa sakitnya masih tak hilang, lalu putus asa.

KEKUATAN HATI ADALAH SEPERTI KEKUATAN OTOT KITA JUGA. Jangan harap hari ini kita tak mampu angkat tong gas memasak, sehari dua kita buat senaman otot tangan, hari ketiga kita terus mampu angkat TONG GAS tu. Sama seperti KEKUATAN HATI, jangan harap hati kita mampu menanggung beban MASALAH BERAT jika kita tak latih hati kita menjadi kuat dengan senaman Baca Al-Quran dan Zikir memuji Allah, yang baru dibuat SEHARI DUA.


DAH TU, SUAMI TAK BERSALAH KE?? 

Nak tau rahsia kenapa Suami jadi macam tu? LIKE >>>>Membina Hubungan Bahagia untuk mengikuti sambungan (KISAH 1, EPISOD 2) yang akan saya kupas InsyaAllah...



Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

No comments:

Post a Comment