Friday, 25 October 2013

BENARKAH CEMBURU TANDA SAYANG ? (PART 2)

BENARKAH CEMBURU TANDA SAYANG ? (PART 2)
*menjawab persoalan dari PART 1.

1. Bagi kajian dari jawapan no 1, ya memang benar. Si wanita terlampau sayang pada kebahagiaannya bersama pasangannya sehingga dia tidak mahu pasangannya diambil oleh orang lain. Tapi, sedarkah dia yang sebenarnya perasaan yang dia rasa itu sebenarnya HANYA berpaksikan pada dirinya sendiri? Nampak tak, jawapannya yang dia cemburu adalah disebabkan dia takut "kehilangan" bahagia yang dia kecapi, bukan bahagia pasangannya. Adakah ini sayang yang sebenar? Sayang tahap 2 adalah 100% mengorbankan bahagia sendiri demi kebahagiaan pasangannya. Maka, jika seorang wanita telah mencapai sayang tahap 2 ini, dia rela membiarkan orang lain mengambil pasangannya asalkan pasangannya bahagia. Kerana baginya, kebahagiaan pasangannya adalah segala-galanya buat dia. Jika pasangannya sedang bahagia bersama perempuan lain, dia tetap akan tunggu kepulangan pasangannya, bersedia untuk menerima pasangannya semula jika pasangannya dikecewakan oleh perempuan lain tu.

2. Bagi kajian dari jawapan no 2 pula, ya, banyak berkorban kepada seseorang boleh membuatkan si wanita jadi sayang pada pasangannya, dan dia akan mengharap pasangannya membalas segala budinya dengan terus setia bersamanya. Dia mahu dihargai dan dijaga oleh pasangan yang dia telah banyak susah payah. Dia akan rasa cemburu bila pasangannya tidak menghargai pengorbanannya, dan akan rasa marah bila pasangannya mula menghargai perempuan lain. Nampak tak, dia sebenarnya mengharapkan balasan dari pasangannya. Sayang tahap 2 adalah sayang yang benar-benar ikhlas dimana dia tidak mengharap apa-apa balasan dari pasangannya. Dia tetap rasa bahagia, kerana dia dapat buat yang terbaik dan beri segala-gala pada pasangannya walaupun pasangannya mula beralih arah pada orang lain. Dan dia akan terus menunggu dan mengharap kepulangan pasangannya.

Sayang tahap 2 ini sebenarnya sangat-sangat jarang dijumpai pada seorang wanita sebagai pasangan. Tapi ia mudah dijumpai pada seorang ibu. Sayang seorang ibu pada anak adalah contoh terbaik untuk sayang tahap 2 ini. Walaupun si anak mengkhianatinya, walaupun si anak menghancurkan hatinya, walaupun si anak meninggalkannya, si ibu tetap akan terima anaknya jika anaknya kembali meminta kasih darinya, dan kasih sayang ibu takkan putus pada anaknya sampai bila-bila. Inilah sayang tahap 2.

Persoalannya, wujud ke pasangan wanita sebegini bagi seorang lelaki? Ya, memang ada.. wanita sebegini wujud untuk para lelaki. Ada wanita yang terus redha walaupun pasangannya ada perempuan lain, walau dipukul ditendang, masih setia menunggu pasangannya kembali untuk bersama dengannya, untuk dia terus berbakti pada pasangannya demi perasaan cintanya pada si lelaki itu. Saya ingin katakan pada semua lelaki diluar sana, jika anda punya pasangan sebegini, anda memang seorang yang bodoh jika mensia-siakannya, kerana pasangan sebegini, telah diturunkan oleh Allah untukmu dengan dikurniakan keagungan kasih sayang seorang ibu kepada kamu. Mana lagi nak jumpa wanita sebegini sebagai pasanganmu wahai lelaki? Inilah wanita dari syurga buatmu. Jangan sampai Allah tarik dia daripada kamu. Masa tu, sesal tiada guna lagi.


Click disini untuk lawat FB Fanpage saya untuk Interaksi secara Live.

No comments:

Post a Comment