Soalan :
Bagaimana nak memaafkan dan mengatasi rasa marah & geram bila mengetahui pasangan kita berlaku curang di belakang kita? Bukan sekali tapi beberapa kali?
Jawapan :
Saya menganggap Puan masih sayangkan suami. Kerana Puan meminta jalan supaya Puan dapat maafkan suami dan Puan nak hilangkan rasa marah dan geram puan padanya.
Saya faham, memang sakit jalan yang Puan pilih ini. Saya harap saya dapat bantu puan laluinya bersama.
APA YANG KITA PERLU BUAT SEBELUM DAPAT MEMAAFKANNYA?
Sebelum kita boleh memaafkan seseorang, kita perlu atasi perasaan marah dan geram dulu. Kenapa kita geram & marah padanya? Sebab kita rasa hatinya adalah 'milik' kita. Terlampau sayangnya kita pada pasangan kita tu sehinggakan kita mahukan semua hatinya untuk kita sendiri. Dan bila kita dapat tau yang hatinya dia bagi juga pada orang lain untuk merasainya, kita tak boleh terima hakikat itu lagi kerana hati itu 'milik' kita.
Sebenarnya puan, hati setiap manusia adalah milik Allah puan. Kita tak berhak walau sezarah pun keatasnya. Puan masih ingat lagi tak ketika pertama kali Puan terima cinta dan kasih sayang dari suami Puan? Happy sangat kan? Rasa bersyukur sangat pada Allah yang kita dapat rasa semua itu atas keizinanNya. Inilah sebenarnya yang kita lupa Puan. Kita lupa bahawasanya Allah yang bagi pinjam hati 'pasangan kita' pada kita. Kita lupa yang sebenarnya, Allah boleh ambik balik apa yang dia beri pada kita kan?
Kita kene terima yang sebenarnya, tiada apa pun di dunia ini yang kekal untuk kita. Allah boleh ambik balik bila-bila masa je. Bukan hati suami je, ada je yang Allah tarik semula anak-anak dari seorang ibu setelah Allah berikan padanya bertahun-tahun. Bayangkan perasaan seorang ibu yang kehilangan semua anak-anaknya seperti kes anak-anaknya mati dalam kebakaran rumah. Mesti hancur perasaan ibunya. Tetapi, Allah tidak akan sekali-kali zalim kepada kita. Puan bayangkan, apa yang Allah bagi kita lalui sebenarnya adalah untuk kita dapat BAHAGIA YANG TAK TERKIRA, SUBHANALLAH, BAHAGIA YANG AKAN KEKAL SELAMA-LAMANYA, ITULAH SYURGA ALLAH.
Puan bayangkan bila disyurga nanti, Suami puan tu berkali-kali ganda hebat dari apa yang ada pada dia sekarang. Dan puan boleh minta pada Allah, sekelip mata Allah boleh bagi berganda-ganda perasaan setia dan sayang dari suami puan. Dan sakit yang Puan lalui sekarang, Syurgalah hadiahnya bagi puan. Dunia ini hanya sementara. Untuk laluinya memang perit tapi kita akan dapat hadiahnya di akhirat kelak.
Dan saya harap, puan baca artikel saya yang bertajuk "RACUN YANG MEMBUNUH HATI !!" agar puan dapat lalui semua kesakitan puan di dunia ini yang hanya jambatan untuk ke syurga yang kekal.
Dan bila semua perit itu hilang, AUTOMATIK PUAN AKAN DAPAT MAAFKAN SUAMI PUAN. InsyaAllah.
- Membina Hubungan Bahagia, BOLEH KE MAAFKAN PASANGAN YANG TELAH CURANG PADA KITA?
No comments:
Post a Comment