1. Suami yang menanggung nafkah isteri sepenuhnya. Tempat tinggal disediakan, semua keperluan rumah ditanggung suami, dari barang dapur, makanan, sehinggalah ke keperluan bilik tidur.
2. Suami yang buat semua kerja rumah termasuk memasak 2 kali sehari (kalau si suami tak masak, dia beli yang dah siap, isteri tinggal nganga makan je), basuh kain, gosok baju, cuci pinggan mangkuk, kemas rumah, menyapu sampah, pendek kata, semua kerja rumah suami buat. TAPI SUAMI BOLEH GANTI SEMUA TU DENGAN:
- Menyediakan pembantu rumah, ATAU
- Bayar upah kepada isteri ikut kadar yang berpatutan. RM1500 pun OK. Kalau diberi lebih banyak lagi isteri lagi kene bersyukur. Apa-apa pun ikut persetujuan isteri.
3. Suami sediakan segala perkhidmatan perubatan untuk isteri. Termasuk menghantar ke klinik atau hospital, kalau suami tak hantar sendiri, wakil perlu disediakan.
4. Suami suruh isteri duduk rumah je. Tak payah pergi kerja cari rezeki.
Jadi para isteri, kalau si suami memenuhi semua ciri-ciri di atas, si isteri tidak layak untuk membebel pada suami. Bukan sekadar tak boleh membebel pada suami, malah si suami pula layak membebel pada isteri jika isteri tidak mengikut kemahuannya. Isteri perlu sentiasa bersedia melayan suami pada bila-bila masa. Jangan merungut jika suami suruh bersolek pada pukul 2 pagi.
Apa-apa pun, jika si isteri nak pahala Jihad, lakukanlah semua tu tanpa meminta upah apa-apa. Buatlah ikhlas kerana Allah. Sesungguhnya si isteri yang berjihad lalu mendapat pula redha suami, PILIH LAH MANA-MANA PINTU SYURGA YANG KAMU KEHENDAKI DI AKHIRAT KELAK.
- Membina Hubungan Bahagia, 4 CIRI-CIRI SUAMI YANG ISTERI TAK BOLEH LETER
No comments:
Post a Comment