Wahai suami,
Mungkin isterimu yang kamu panggil sayang suatu ketika dulu,
Dah tak secantik dulu,
Yang dulu punya tubuh yang gebu,
Kini tiada tarikan lagi buatmu..
Wahai suami,
Bayangan malam pertama bersamanya,
Yang akhirnya pudar dimakan usia,
Tiada lagi cumbuan hangat yang dapat dirasa,
Kini tiada lagi tenaganya untuk melayanmu seperti dulu..
Wahai suami,
Segala yang indah padanya waktu dulu,
Kini telah tiada untuk dihadiahkan padamu,
Tiada lagi dirasa keghairahan cinta darinya,
Sehingga kamu mula berpaling pada keindahan wanita lain..
Wahai suami,
Sedarlah,
Apa yang ada pada teman barumu,
Segala keindahan rupa parasnya,
Segala kehangatan cinta bersamanya,
Segala kehebatan layanan darinya,
Segalanya yang kamu rasakan ibarat syurga,
Semuanya tipu daya nikmat dunia yang sementara,
Wahai suami,
Sempatkah kamu kembali,
Dari dosa meninggalkan isteri yang amat menyayangimu?
Yang sentiasa perlukanmu disisinya,
Yang masih mendambakan kasih sayang darimu,
Yang tak pernah lupa cinta yang kamu berikan padanya suatu ketika dulu..
Wahai suami,
Bersabarlah dengan isterimu,
Kerana dengan kesabaranmu itu,
Allah akan kurniakan padamu,
Isterimu dalam keadaan umurnya kembali 17 tahun,
Dengan kecantikan yang maha hebat,
yang tak tergambar dengan kata-kata,
Bila di Syurga Allah nanti..
Itulah janji Allah,
Pada suami yang sabar dan bertaqwa.
Subhanallah...
**************************
Suami & Isteri,
Saya tau, bukan mudah untuk kita lalui semua dugaan ini, tapi percayalah, dunia hanya sementara, buktinya kita semua pasti mati.
Tetapkan hati, teruslah bersabar dengan dugaan Allah, dan bertaqwalah kita pada Allah, kerana Syurga Allah itu PASTI !! Bila kat situ nanti, tiada lagi siksa dunia, yang ada, hanyalah kebahagiaan yang kekal abadi..
No comments:
Post a Comment